DARUL ULUM ADVISORY SERVICES SDN. BHD. 202001007468 (1363788-V) ialah sebuah Syu’bah di bawah Darul Ulum Malaysia. DUA ditubuhkan untuk menghubungkan pihak Darul Ulum Malaysia dengan masyarakat dengan lebih sistematik dan terancang. Antara program-program yang akan dijalankan oleh Syu’bah ini:

  • Kerjasama dengan Syarikat Penerbitan S19
  • Kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
  • Kerjasama dengan Persatuan Institusi Tahfiz Kuala Lumpur (PINTA)
  • Kerjasama dengan Persatuan Pencinta Deobandi Malaysia

MOTO

Sesungguhnya agama itu ialah mengingini kebaikan, ketulusan dan kesetiaan.

VISI

DUA menjadi sebuah organisasi Islam yang teguh, berwibawa, dihormati dan dijadikan rujukan dalam perkhidmatan nasihat dan selian.

MISI

Membangunkan ummah melalui pembentukan masyarakat berilmu, beramal, beriman dan berakhlak, ekonomi yang perkasa, usaha-usaha dakwah yang berkesan, pengurusan harta yang cekap; dan institusi pengajian agama yang proaktif.

PENDIRIAN

Dengan nama Allah Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Hanya kepada-Nya kami mohon pertolongan dalam perkara dunia dan agama. Salawat dan salam buat Rasul junjungan Penutup kenabian Nabi Muhammad صلّى الله عليه وسلّم dan buat keluarga dan para sahabat Baginda. Tidak ada daya dan kuasa melainkan dengan pertolongan Allah Maha Tinggi Maha Agung. Sukacitalah terlebih dahulu sebelum kami nyatakan pendirian kami, untuk kami nyatakan bahawa al-hamdu liLlah, kami dan juga para akabir mengikut mazhab imam dari silsilah kenabian, mujtahid agung sepanjang zaman, zahid dan wali Allah, imam Muhammad ibn Idris al-Syafiʿī رحمة الله عليه, dalam perkara berkaitan fiqh. Kami mengikut mazhab para imam yang benar, Abu al-Ḥasan al-Ashʿārī رحمة الله عليه dan Abū Manṣūr al-Māturidi رحمة الله عليه, dalam perkara aqidah. Silsilah kami dalam tasawwuf berkesinambungan dengan kaedah suci tariqah Chistiyyah, kaedah terbilang tariqah Naqshabandiyyah, kaedah murni tariqah Qadiriyyah, dan kaedah yang diridhai tariqah Suharawardiyyah.

Seterusnya, kami tidak berbicara dalam perkara yang berkaitan dengan agama melainkan kami mempunyai bukti dari al-Qur’an, al-Sunnah, ijma para ulama atau pandangan daripada salah seorang imam mujtahid. Di sebalik kenyataan ini, tidak kami isytiharkan bahawa kami maksum dari melakukan sebarang kesalahan, sama ada kesilapan daripada coretan pena atau tutur-kata. Oleh itu, jika nyata kami melakukan kesalahan dalam kenyataan kami, tidak kira sama ada ia mengenai usul atau furu, malu tidak menghalang kami daripada menarik-balik pendapat kami dan mengistiharkan kesilapan tersebut. Mengapa tidak, jika para imam yang kami ikuti menarik-balik banyak pandangan mereka sehinggakan imam masjid il-haram, imam kami, Imam al-Syafi’ī رحمة الله عليه, menarik-balik pandangan beliau dalam banyak perkara. Para Sahabah رضي الله عنهم juga menarik-balik pendapat-pendapat mereka dalam banyak perkara dan mengikut pandangan Sahabah yang lain, ini adalah jelas bagi mereka yang mengkaji ḥadīś.

Oleh itu, jika para ulama berpendapat bahawa kami telah melakukan kesilapan dalam sesuatu perkara, jika kesilapan itu mengenai perkara ‘aqidah, adalah perlu bagi mereka menyatakan pandangan mereka dan bukti daripada ulama ‘aqidah. Jika kesilapan tersebut adalah berkenaan masalah fiqh, maka adalah perlu untuk mengemukakan hujjah daripada pandangan fuqaha. Jika sedemikian, dengan kehendak Allah, maka kami akan menerimanya dengan hati yang terbuka dan lapang dada, dan kesyukuran dari ruh dan jiwa kami.