Pengajian Takhasus Tafsir

Pengenalan

Al-Quran adalah asas dan tunjang syariah dalam setiap aspek. Al-Quran adalah sumber kepada semua cabang-cabang syariah dan faktor penentu dalam semua aspek agama sama ada aspek ibadah, kemasyarakatan, perundangan atau ekonomi.

Setiap cabang syariah, mempunyai perincian dan pembahagian yang tersendiri serta kunci untuk memahaminya. Berkenaan ini, Ilmu Tafsir adalah kunci pembuka kepada al-Quran.

Adalah suatu keperluan umat adanya mereka yang pakar dalam Tafsir dan Ulum al-Quran. Pihak Darul Ulum Malaysia dengan sukacitanya mencorak langkah permulaan dalam memperkenalkan Pengajian Pengkhususan Tafsir dan Ulum ul-Quran di Malaysia.

Objektif

  • Memperkenalkan Ulum al-Quran.
  • Menyediakan alim yang pakar dalam bidang ini.
  • Menyediakan kertas kerja dan kajian akademik dalam bidang ini.
  • Mewujudkan kesedaran awam terhadap kepentingan al-Quran dan ilmu yang berkaitan denganya.

Visi

Melahirkan pakar dalam bidang al-Quran dan mampu menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat.

Misi

Membimbing dalam usaha menghasilkan kemantapan dan kepakaran dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Mentarbiah dan memupuk akhlaq mulia dan nilai-nilai murni.
Bersama dan membimbing dalam dakwah.

Lokasi

Lokasi Pengajian Takhasus Tafsir Al-Quran adalah di Apartment Taman Putra Impian, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.

Lokasi pengajian yang terletak di Lembah Klang menjadikannya sebuah tempat yang strategik bagi pengajian tinggi agama. Kuala Lumpur dan Selangor adalah tempat tumpuan ilmuwan dan banyak madrasah-madrasah dan institusi pengajian agama.

PENGAMBILAN PELAJAR DIBUKA

  • Pengambilan pelajar untuk sesi pertama dibuka sekarang.
  • Tempat terhad. Hanya ada 6 kekosongan.
  • Biasiswa penuh berjumlah RM12,000 setiap pelajar akan diberikan kepada kumpulan pertama pengajian ini.
  • Biasiswa meliputi yuran pengajian, tempat kediaman dan pengajian.
  • KEPUTUSAN PENGAMBILAN PELAJAR AKAN DIMAKLUMKAN PADA 1 JULAI 2021.
Klik untuk hubungi kami
Klik untuk isi borang resume

Pengajian Takhasus Tafsir Al-Quran bernaung di bawah Maahad Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi.

Muqarrar Dirasi

  • Muqarrar dirasi bagi Pengajian Takhasus Tafsir Al-Quran ini mempunyai Empat (4) Peringkat Pengajian dan mengandungi 11 Maddah.
  • Sebahagian maddah dijalankan secara berkelas dan sebahagian yang lain secara mutalaah sahaja.
  • Pengajian dibuat secara mutalaah, muzakarah dan pengajaran kelas. Ini adalah asas utama manhaj pengajian ini.
  • Muzakarah dan Mutalaah adalah aspek utama dalam Pengajian Takhasus Tafsir Al-Quran ini. Pelajar juga dikehendaki melakukan kajian berkenaan isu-isu penting dalam bidang ini.

مجالات البحوث للتخصص في التفسير
1. دراسات في مناهج المفسرين
2. التفسير التحليلي
3. التفسير الموضوعي
4. الموضوعات في علوم القرآن
5. تفسير آيات الأحكام
6. الإعجاز القرآني
7. الدفاع عن القرآن
8. الدخيل في التفسير (الإسرائيليات في التفسير)
9. تدريب ترجمة القرآن

مواد للفصل الدراسي الأول
1. أسس الكتابة الأكاديمية
2. كمبيوتر وطريقة البحث
3. علوم القرآن
4. قواعد التفسير
5. التفسير التحليلي 1

مواد للفصل الدراسي الثاني
1. مصادر التفسير
2. طبقاتة المفسرين ومناهجهم
3. التفسير التحليلي 2
4. التفسير الموضوعي
5. الدخيل في التفسير

مواد للفصل الدراسي الثالث
1. التفسير التحليلي 3
2. تفسير آيات الأحكام
3. الإعجاز العلمي في القرآن
4. البحث في تراجم القرآن

مواد للفصل الدراسي الرابع
1. التفسير التحليلي 4
2. اختلافات القراءات وآثره في التفسير
3. الدفاع عن القرآن

Jumlah Pelajar

6 orang pelajar sahaja

Tempoh Pengajian

2 tahun (4 semester) bermula Syawwal 1442H (Jun 2021)

Yuran Pengajian

RM3,000 setiap semester setiap orang pelajar.

Biasiswa

Biasiswa Penuh meliputi yuran pengajian dan tempat tinggal (tidak termasuk makanan) akan diberikan kepada kumpulan pertama pengajian ini.

Syarat Kemasukan Pengajian

  • Tamat Ijazah Pengajian Alim daripada institusi yang diiktiraf oleh pihak Darul Ulum Malaysia.
  • Keputusan penuh peperiksaan dari tahun 4 ke atas.
  • Telah sempurna pengajian Terjemahan al-Quran dan Tafsir Jalalain.
  • Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan kelas Dauratul Hadis atau yang setaraf.
  • Hafiz al-Quran adalah suatu kelebihan.
  • Sepenuh masa.
  • Pelajar bujang diutamakan.

Temuduga

Temuduga kemasukan pengajian adalah melalui 3 peringkat.

Pertama : Saringan awal selepas permohonan dikemukakan. Email atau Mesej penerimaan atau penolakan akan diberikan terlebih dahulu. Calon yang diterima permohonannya akan diberi tarikh untuk temuduga peringkat kedua. Calon yang tidak diterima akan dicadangkan untuk ke pengajian yang lebih sesuai.

Kedua : Temuduga rasmi bersama tenaga pengajar Pengajian Takhasus Tafsir Al-Quran dan Penasihat Jabatan Pengajian Takhasus Tafsir Al-Quran akan diadakan. Calon yang diterima akan diberi tarikh untuk temuduga peringkat ketiga. Calon yang tidak diterima akan dicadangkan untuk ke pengajian yang lebih sesuai.

Ketiga : Temuduga akhir bersama pihak Mudir Pengajian Takhasus Tafsir Al-Quran akan diadakan. Calon yang diterima akan memasuki pengajian ini. Calon yang tidak diterima akan dicadangkan untuk ke pengajian yang lebih sesuai.

Dokumen yang diperlukan :-

  • Resume Pelajar (Data Peribadi dan Latar belakang Pengajian)
  • Salinan Kad Pengenalan/Passport.
  • Syahadah Alim
  • Sanad Alim
  • Syahadah hafiz dan syahadah (jika ada)
  • Keputusan Pengajian
    – keputusan peperiksaan kelas 5, 6, 7, dan 8.
    – Surat sokongan permohonan takhassus daripada ulama tempatan

(Jabatan berhak untuk meminta dokumen-dokumen lain yang berkenaan.)