Ringkasan Eksekutif

  • Pandemik COVID-19 terus menimbulkan tekanan yang mengerikan terhadap sistem kesihatan di peringkat global.
  • Sebilangan besar pesakit yang telah meninggal kerana penyakit ini telah menerima rawatan intensif dan sokongan pengudaraan yang mempunyai sumber yang terhad walaupun dalam sistem kesihatan yang paling maju.
  • Semakin banyak bukti yang menyokong penggunaan “Continuous Positive Airway Pressure” (CPAP) untuk bantuan pernafasan yang bukan invasif bagi membantu untuk melambatkan perkembangan pesakit yang sakit kritikal dan mengelakkan mereka dari akhirnya memerlukan bantuan pernafasan yang invasif.
  • CoVent2020 adalah alat CPAP Bubble dan pengisar oksigen yang tidak memerlukan elektrik untuk beroperasi. Ia menawarkan penyelesaian yang murah dan berpotensi terutamanya dalam tetapan sumber yang terhad.

Permasalahan

  • Dari > 900,000 kes COVID-19 di seluruh dunia, sekitar 9% berakhir dalam keadaan serius / kritikal dengan lebih separuh daripadanya mengakibatkan kematian.
  • Dalam banyak kes, kematian ini disebabkan oleh had bilangan katil ICU dan ventilator yang terpaksa memenuhi permintaan tinggi walaupun dalam sistem kesihatan yang terbaik.
  • Doktor merawat pesakit dengan manifestasi serius COVID-19 memerlukan mod yang tidak invasif dan menjimatkan kos rawatan, mampu mengurangkan bilangan pesakit yang akhirnya memerlukan rawatan ICU atau sokongan ventilator mekanikal.

Penyelesaian Kami – The Shivent

  • The ShiVent adalah kit Bubble CPAP dengan penutup khas dan pengisar oksigen / udara yang menawarkan kaedah pengudaraan yang tidak invasif untuk membantu pesakit COVID-19 yang mengalami kesukaran bernafas.
  • Kit ini terdiri daripada campuran komponen yang dicetak 3D dan bahan mudah yang kebiasannya ada di dalam persekitaran hospital seperti tabung perubatan, topeng oksigen dan balang plastik.
  • Sistem ini memberikan oksigen campuran kepada pesakit yang boleh bernafas (dengan kesukaran) dengan tekanan positif, seterusnya memelihara jalan masuk udara agar terus terbuka dan mencegah kemerosotan sistem pernafasan.

Bagaimana Sistem ini Berfungsi

Pada pesakit yang sakit teruk dengan COVID-19 tetapi masih dapat bernafas dengan sendirinya, sistem ini melakukan perkara berikut:

  1. Menyambung ke sumber oksigen yang ada di persekitaran hospital.
  2. Mengadun udara dengan bekalan oksigen aliran tinggi dengan pengisar udara jenis venturi menjadikan udara campuran lebih selamat untuk pesakit.
  3. Pesakit menyedut oksigen untuk mengisi paru-paru dan kemudian menghembus nafas ke kolum air yang menghasilkan tekanan yang membuat saluran udara pesakit terbuka.