Darul Ulum Langkawi

DARUL ULUM ini ditubuhkan bertujuan untuk menjadi pusat pengajian, tarbiyah dan pembimbing kepada pelajar dan masyarakat untuk menghayati dan mengamalkan seluruh perintah Allah سبحانه وتعالى dan meninggalkan seluruh larangan Allah سبحانه وتعالى mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Darul Ulum diambil daripada perkataan Arab “Dar al-Ulum” yang bermakna “Gedung Berbagai Ilmu Pengetahuan.”

Langkawi ialah Pulau Lagenda yang merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar. Langkawi dipilih untuk dijadikan tempat penubuhan Darul
Ulum atas beberapa faktor:

  1. Keperluan Mewujudkan Institusi Pengajian Agama yang syumul sehingga ke peringkat pengajian tinggi yang masih belum wujud lagi di Langkawi ketika ini. Institusi ini akan menawarkan Jurusan Pengajian Alim iaitu Pengajian Islam dan Bahasa Arab sehingga ke peringkat
    Daurat ul-Hadis.
  2. Darul Ulum akan menjadi pusat untuk merangka dan menjalankan usaha dakwah dan menghidupkan agama dalam kalangan penduduk Langkawi dan mereka yang melawatnya. Beberapa bahagian akan ditubuhkan dan diletakkan di bawah Darul Ulum, antaranya ialah Bahagian Pengajian Tahfiz al-Quran, Maktab (Kelas Pengajian Asas Membaca al-Quran dan Fardu ʿAin), dan Bahagian Pengajian Islam (Syariah).

MELAHIRKAN HAFIZ YANG BERTAQWA

Tempat letak al-Quran adalah dalam hati. Oleh itu, hati perlulah bersih daripada kekotoran dunia.
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ طُوبَىٰ لَهُمْ وَحُسْنُ مَـَٔابٍ
ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, BEROLEH KEBAHAGIAAN YANG AMAT MENGEMBIRAKAN DAN TEMPAT KEMBALI YANG SEBAIK-BAIKNYA. (AR-RA’D: 13: 29)
TIDAK ADA DAYA DAN KUASA MELAINKAN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH MAHA TINGGI MAHA AGUNG.

VISI
Melahirkan para hafiz yang baik bacaan dan mantap hafalan serta berjiwa dakwah dalam menerajui umat menuju puncak kegemilangan dalam ilmu, amalan agama yang sempurna dan usaha membangunkan agama.

MISI

  • Membimbing dalam usaha menghasilkan kemantapan dan kepakaran dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
  • Mentarbiah dan memupuk akhlaq mulia dan nilai-nilai murni.
  • Bersama dan membimbing dalam dakwah.

MOTO: DAKWAH, TAʿLIM, DAN TAZKIAH.

Dengan sokongan semua pihak, kesungguhan dan dedikasi guru-guru serta komitmen dari setiap individu, pihak pentadbiran yakin bahawa Darul Ulum Langkawi ini akan dapat merealisasikan objektif-objektif tersebut, Insya Allah.

DARUL ULUM LANGKAWI
QISM TAHFIZ AL-QURAN

No. 27, Kg. Lubuk Etok, Pulau Tuba,
07000 Langkawi, Kedah.
Telefon: +6 013 330 3020
Emel: dulangkawi@gmail.com

AKAUN BANK MAYBANK
DARUL ULUM LANGKAWI RESOURCES
NO. AKAUN: 5520 7741 2869

PENGENALAN

Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.

MAKLUMAT GEOGRAFI

Pulau Langkawi telah terbahagi kepada 6 keluasan yang dikenal pasti sebagai mukim. Mukim-mukim tersebut ialah:-

  1. Mukim Kuah.
  2. Mukim Ayer Hangat.
  3. Mukim Ulu Melaka.
  4. Mukim Bohor.
  5. Mukim Kedawang.
  6. Mukim Padang Mat Sirat.

Langkawi terletak di utara Selat Melaka di selatan Laut Andaman berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah.
Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama.
Kepulauan ini mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km2 (204 batu persegi).

USAHA DAKWAH

Langkawi dibahagikan kepada empat halqah iaitu:

  1. Halqah Kuah
  2. Halqah Bukit Malut
  3. Halqah Kedawang
  4. Halqah Nyor Cabang

IKLIM
Langkawi menerima taburan hujan tahunan lebih daripada 2,400 mm (94 in) setahun. Langkawi mempunyai musim kering nyata bermula dari bulan Disember hingga ke Februari manakala musim tengkujuh pula pada bulan Mac sehingga November. Bulan Ogos dikira sebagai bulan paling basah / lembab di Langkawi berikutan penerimaan hujan yang melebihi 500 mm (20 in) secara purata normal.

PULAU TUBA

Terletak kira-kira 3 kilometer di selatan Langkawi dan bersebelahan Pulau Dayang Bunting, Pulau Tuba memang kurang dikenali.

Tuba dengan keluasan 1,900 hektar merupakan pulau ketiga terbesar selepas Langkawi dan Pulau Dayang Bunting yang didiami lebih 3,000 orang penduduk kebanyakannya nelayan. Ia mengandungi tiga kawasan penempatan utama iaitu Barat, Timur dan Selatan iaitu Kampung Pulau Tuba, Kampung Teluk Bujur, Kampung Lubuk Etok, Kampung Teluk Berembang, Kampung Lubuk Chempedak, Kampung Bagan Asam dan Kampung Bagan Pauh.

Pulau seluas 20 kilometer persegi dengan keluasan 1,900 hektar merupakan pulau ketiga terbesar selepas Langkawi dan Pulau Dayang Bunting yang didiami lebih 3,000 orang penduduk kebanyakannya nelayan. Ia mengandungi tiga kawasan penempatan utama iaitu Barat, Timur dan Selatan iaitu Kampung Pulau Tuba, Kampung Teluk Bujur, Kampung Lubuk Etok, Kampung Teluk Berembang, Kampung Lubuk Chempedak, Kampung Bagan Asam dan Kampung Bagan Pauh.

Biarpun terpencil, Pulau Tuba mempunyai kemudahan asas yang mencukupi seperti bekalan elektrik, telefon, air dari sumber semula jadi, sekolah dan balai polis.

Pada masa ini, Tuba mempunyai dua sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba dan Sekolah Kebangsaan Lubuk Chempedak dengan kedua-duanya mempunyai kira-kira 400 pelajar.

KAWASAN PENEMPATAN

Sebanyak 450 buah rumah dan 4000 lebih jumlah penduduk yang menetap di Pulau Tuba dan kawasan selat. Terdapat tiga kawasan penempatan yang utama iaitu di Timur, Barat dan Selatan Pulau Tuba. Pulau Tuba menempatkan sebanyak tujuh buah kampung dengan jumlah penduduk adalah seramai lebih kurang 4,000 orang. Pulau Tuba juga dikenali sebagai “Pulau Islam” kerana semua 3,000 penduduknya beragama Islam.
Kampung-kampung yang terdapat di Pulau Tuba adalah seperti berikut:

  1. Kampung Pulau Tuba
  2. Kampung Telok Bujur
  3. Kampung Lubok Etok
  4. Kampung Telok Berembang
  5. Kampung Lubuk Chempedak
  6. Kampung Bagan Asam
  7. Kampung Bagan Pauh

Sebanyak 93% penduduk asal Pulau Tuba dan 7% (4 orang) adalah daripada orang luar yang menetap kerana berkahwin dengan penduduk tempatan.

SEMULA JADI

Keistimewaan lain di Pulau Tuba, contohnya gua kelawar yang menempatkan beribu-ribu kelawar spesies terkecil. Ia mudah dikunjungi, cuma 30 minit berjalan kaki mengikut denai. Jika tiba pada waktu bulan gelap, anda mungkin berkesempatan melihat koloni kelip-kelip yang cuma berada kira-kira 100 meter dari pekan Tuba.

Kira-kira 10 minit perjalanan bermotosikal dari pekan, anda akan tiba di ‘Wang Lebah’, sebuah lembah di Kampung Teluk Bujur yang banyak terdapat sarang lebah. Tidak kurang hebatnya ialah perairan pulau ini yang dikenali sebagai lubuk ikan dengan sumber laut yang kaya dengan spesies bernilai komersil seperti jenahak, kerapu, siakap, ketam, sotong dan sebagainya.

PERJALANAN

Pulau Tuba hanya dihubungi menerusi jalan laut dari jeti Kedah Marble, Langkawi yang terletak berhampiran Kompleks Jetty Point. Jadual perjalanan bot ke Pulau Tuba tidak menentu kerana amalan di sini ialah ‘jalan bila penuh’. Purata sebuah bot mampu membawa antara lapan hingga 12 penumpang, kebanyakannya penduduk Pulau Tuba yang mengunjungi Langkawi untuk membeli-belah atau urusan rasmi.

Tambang ialah RM3 untuk dewasa manakala kanak-kanak pula RM1.50 untuk perjalanan selama kira-kira 25 minit. Sebuah jeti kayu sepanjang hampir satu kilometer dibina bagi menurunkan penumpang bot di pekan Tuba selain menjadi tempat sesuai untuk memancing sewaktu air pasang.

LKIM turut membina sebuah kelong rekreasi daripada konkrit untuk pelawat memancing sambil disediakan kemudahan asas bermalam dan mengadakan barbeku hasil tangkapan sendiri. Beristirahatlah di pangkalan nelayan Teluk Puyuh, menyusuri Selat Bagan Nyiur, berkelah di Pulau Pasir yang tidak berpenghuni atau menikmati hidangan makanan laut yang segar. Pendek kata, tepuk dada tanya selera.

Pengajian Musim PKPP

Jemaah Pengurusan

“SESUNGGUHNYA ALLAH MENYURUH KAMU SUPAYA MENYERAHKAN SEGALA JENIS AMANAH KEPADA AHLINYA (YANG BERHAK MENERIMANYA) DAN APABILA KAMU MENJALANKAN HUKUM DI ANTARA MANUSIA, (ALLAH MENYURUH) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL. SESUNGGUHNYA ALLAH DENGAN (SURUHANNYA) ITU MEMBERI PENGAJARAN YANG SEBAIK-BAIKNYA KEPADA KAMU. SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENDENGAR, LAGI SENTIASA MELIHAT.”
(AN-NISA: 58)
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Jemaah Pengurusan ini bertanggungjawab mentadbir dan mengurus keperluan madrasah supaya institusi pendidikan ini dapat berjalan dan berfungsi dengan sebaik-baiknya. Ini adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan dengan sebaik-baiknya. Amanah adalah suatu yang amat berat untuk dipikul. Setiap amanah yang dipikul kita di dunia ini, pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Ustaz Abd Hamid bin Hashim
PENASIHAT
Beliau adalah Syaikh ul-Bukhari dan Penasihat Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling.

Ustaz Ahmad Lutfi bin Muharam
PENASIHAT SYARIAH
Menamatkan pengajian Dauratul Hadis di Miftahul Ulum Seri Petaling. Melanjutkan pelajaran dalam pengkhususan Fiqh di Ribat Syaikh Haidar, Yaman. Kini berkhidmat di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling.

Haji Afendi bin Julaihi
PENGERUSI
Mudir Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kuching, Sarawak. Pengerusi PINTA Sarawak.

Haji Abdul Kadir bin Sahlan
BENDAHARI
Ahli Lembaga Pengarah TH Properties Sdn. Bhd.

Ustaz Abdullah Marbuqi
SETIAUSAHA

Warga Akademik

“SUPAYA ALLAH TA’ALA MENINGGIKAN DARJAT ORANG-ORANG YANG BERIMAN DI ANTARA KAMU DAN ORANG-ORANG YANG DIBERI ILMU PENGETAHUAN AGAMA (DARI KALANGAN KAMU) BEBERAPA DARJAT.” (AL-MUJAADALAH: 11)
Solat adalah tiang agama. Itu ketetapan-Nya. Menjaga solat seperti menjaga hati si empunya rezeki. Lantas, solatlah di awal waktu. Percayalah, hati akan lebih tenteram dan fikiran akan lebih fokus.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم adalah guru yang terbaik, tidak ada yang boleh menandingi sikap sabar, lemah lembut, tabah dan segalanya ketika baginda berhadapan dengan berbagai-bagai makhluk di atas muka bumi ini. Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyampaikan amanah Allah سبحانه وتعالى dengan penuh jujur, walau menghadapi pelbagai cabaran namun Rasulullah صلى الله عليه وسلم tetap tidak berganjak atas usaha untuk melihat umatnya mentaati perintah Allah سبحانه وتعالى.

Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik, pembimbing dan pendorong. Guru juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.

Ustaz Abdul Salam bin Roslan
Mudir
Ustaz Abdul Salam yang sebelumnya adalah mudir Madrasah al-Marjan, Bukit Malut. Kini adalah mudir Darul Ulum Langkawi.

Ustaz Ahmad Syafiq Bin Ishak
Tenaga Pengajar
Ustaz Ahmad Syafiq telah menamatkan pengajian di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling (Mei 2016), mula berkhidmat di Darul Ulum Langkawi Ogos 2016 dan kemudiannya telah menimba pengalaman khuruj fi sabilillah selama setahun (2017).

Ustaz Muhammad Hanzalah Bin Mohamed Bakry
Tenaga Pengajar
Ustaz Hanzalah telah menamatkan pengajian di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling dan kemudiannya telah menimba pengalaman khuruj fi sabilillah selama setahun.

PENGAJIAN TAHFIZ SEPENUH MASA

HAFALAN AL-QURAN

Pengajian Tahfiz al-Quran mensasarkan pelajar dapat menghafal al-Quran dalam tempoh 3 tahun. Tahfiz adalah satu fasa permulaan sebelum pelajar memasuki pengajian alim.

FARDHU AIN

Pengajian Tahfiz al-Quran didedahkan dengan pengetahuan asas fardhu ain supaya mereka boleh menyempurnakan ibadah dana amalan asas seorang Islam.

KEMAHIRAN

Pelajar didedahkan dengan kemahiran berkebun sebagai satu latihan untuk memenuhi keperluan hidup secara berdikari.

RIADHAH

Riadhah sebagai satu usaha untuk menjaga kesihatan.

Hafiz adalah satu gelaran yang diberikan kepada seorang penghafaz al-Quran. Mereka adalah insan yang telah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk menjaga ayat suci al-Quran di dalam dada mereka.

PENGAMBILAN PELAJAR

Pengajian Tahfiz al-Quran ditubuhkan untuk melahirkan huffaz al-Quran yang baik dan menterjemahkan al-Quran dalam kehidupan harian mereka.

PEMBUKAAN

Darul Ulum Langkawi akan dibuka pada Syawal 1437. Pendaftaran dan kemasukan pelajar Darul Ulum Langkawi yang pertama juga akan dibuat pada tarikh tersebut.

SYARAT PENGAMBILAN

Sejajar dengan cita-cita dan inspirasi pihak pengurusan Darul Ulum Langkawi, beberapa syarat telah ditetapkan bagi setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti program tahfiz ini.

Syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti yang berikut:

  • Khatam dan boleh membaca al-Quran.
  • Had umur 12 tahun hingga 15 tahun.
  • Kelulusan UPSR sekurang-kurangnya 2A.
  • Kelulusan KAFA.
  • Keutamaan kepada penduduk qariah tempatan.
  • Setiap pemohon akan ditemuduga dan diuji melalui kesediaan dan kemahiran pembacaan al-Quran serta pengetahuan asas agama.
  • Sedia ditarbiah dan mematuhi setiap undang-undang Darul Ulum Langkawi.
  • Keputusan pemilihan pemohon adalah tertakluk kepada pentadbiran Darul Ulum Langkawi.

BILANGAN PELAJAR

Had bilangan pelajar jurusan tahfiz Darul Ulum Langkawi untuk permulaan ialah 20 orang pelajar lelaki satu kelas dan sasaran sehingga 4 kelas.

TEMPOH PENGAJIAN

Tempoh pengajian di Darul Ulum Langkawi ialah selama tiga hingga empat tahun untuk tahfiz al-Quran. Setiap pelajar yang menamatkan pengajian akan dianugerahkan syahadah/sijil.

LANJUTAN PENGAJIAN

Seterusnya pelajar ditawarkan untuk meneruskan pengajian dalam Pengajian Bahasa Arab dan Ulum Syar’iyyah selama 8 tahun.

YURAN DAN PENDAFTARAN

SUMBANGAN PELAJAR

Kadar sumbangan pelajar keseluruhan yang ditetapkan adalah seperti berikut:-
Pendaftaran : RM 200.00 yuran kemasukan (pelajar yang tidak mampu akan mendapat biasiswa daripada pihak Darul Ulum.)
Sumbangan : RM75.00

Segala wang pembayaran tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk membiayai perbelanjaan dan keperluan Darul Ulum Langkawi seperti berikut:

  • Penyediaan makanan.
  • Pembayaran hadiah kakitangan tertentu.
  • Penyelenggaraan dan perbelanjaan runcit serta lain-lain keperluan.

KAEDAH BAYARAN
Pembayaran hendaklah dibuat secara tunai atau cek berpalang kepada pihak pentadbiran Darul Ulum Langkawi selewat-lewatnya 5 hari bulan pada setiap bulan. Sekiranya sebarang permasalahan dihadapi, penjaga hendaklah hadir atau memberi keterangan yang bertulis bagi menjelaskan permasalahan tersebut atau menghubungi secara langsung pihak pentadbiran Darul Ulum Langkawi.

CUTI DAN KHURUJ

CUTI

Tarikh dan masa percutian para pelajar yang ditetapkan adalah bersesuaian dan tidak menjejaskan prestasi pelajar dalam pengajian di Darul Ulum Langkawi. Tempoh percutian ini dirangka semata-mata untuk mengelakkan penurunan prestasi hafalan dan ingatan disamping memastikan semangat mereka berterusan pada tahap yang tinggi. Berikut adalah jadual percutian para pelajar.

CUTI MINGGUAN

Pada Sabtu dan Ahad. Pelajar akan mula bercuti (di madrasah) pada jam 11:30 pagi hari Sabtu sehingga asar hari Ahad.

CUTI TAHUNAN

  • Mulai 25 Ramadhan sehingga 10 Syawal.
  • Seminggu pada Hari Raya Aidil Adha.
  • Seminggu pada pertengahan tahun.

KAPASITI PELAJAR

HAFIZ

PENGAJIAN: MAKSIMUM 4 TAHUN
KELAS: 4 KELAS
JUMLAH MAKSIMA BILANGAN PELAJAR SATU KELAS: 15 ORANG
JUMLAH MAKSIMA PELAJAR: 60 ORANG

SYAHADAH

PENGAJIAN: 2 TAHUN
KELAS: 1 KELAS 2 ORANG USTAZ
JUMLAH MAKSIMA BILANGAN PELAJAR SATU KELAS: 30 ORANG
JUMLAH MAKSIMA PELAJAR: 30 ORANG

PENGAJIAN KITAB M TURAS (SYARIAH)

PENGAJIAN: 3 TAHUN
KELAS: 1 KELAS
JUMLAH MAKSIMA BILANGAN PELAJAR SATU KELAS: 30 ORANG
JUMLAH MAKSIMA PELAJAR: 90 ORANG

PENGAJIAN KANAK-KANAK

TIADA PELAJAR YANG AKAN TINGGAL DI PENEMPATAN DARUL ULUM, PELAJAR AKAN MENGGUNAKAN MASJID SEBAGAI TEMPAT BELAJAR DAN MEREKA AKAN BERULANG DARI RUMAH MASING-MASING.

JUMLAH KAPASITI PELAJAR

HAFIZ : 60 ORANG
SYAHADAH : 30 ORANG
PENGAJIAN ISLAM : 90 ORANG
JUMLAH : 180 ORANG

NISBAH PELAJAR TEMPATAN DAN LUAR NEGARA

PELAJAR TEMPATAN : 60%
PELAJAR LANGKAWI : 50% DARIPADA NISBAH PELAJAR TEMPATAN.
PELAJAR LUAR LANGKAWI : 50%
PELAJAR LUAR NEGARA : 40%
PELAJAR BAGI SETIAP NEGARA TIDAK LEBIH DARIPADA 20 % DARIPADA PERATUS PELAJAR LUAR NEGARA.

JADUAL HARIAN

DALAM USAHA UNTUK MEMASTIKAN KEJAYAAN SETIAP PELAJAR, PIHAK DARUL ULUM LANGKAWI TELAH MENETAPKAN SATU JADUAL YANG TERSUSUN. SETIAP PELAJAR DIWAJIBKAN MEMATUHI JADUAL SEPERTI BERIKUT:

PAGI

04.30 BANGUN TIDUR
05.00 HADIRI
05.05 10 MINIT SEBELUM SUBUH: TAHAJUD, YAASIN & WAZIFAH
06.30 PENGAJIAN RASMI (BACAAN SABAQ)
07.30 SARAPAN
07.50 KHIDMAT & PERSIAPAN DIRI
08.25 HADIRI
08.35 PENGAJIAN RASMI (PARA SABAQ)
11.00 MAKAN TENGAH HARI
11.20 PERSIAPAN QAILULAH
11.30 QAILULAH

TENGAH HARI DAN PETANG

12.40 BANGUN TIDUR & PERSIAPAN SOLAT ZOHOR
01.00 HADIRI SOLAT ZOHOR
01.40 SEHINGGA ASAR PENGAJIAN RASMI (MANZIL)
05.00 TA`LIM, 6 PERKARA
05.20 RIADAH
06.00 PERSIAPAN MALAM & MANDI
06.30 MAKAN MALAM
06.50 PERSIAPAN HADIRI
07.00 HADIRI & SOLAT MAGHRIB

MALAM

07.40 PENGAJIAN RASMI (HAFAL SABAQ BARU)
08.45 PERSIAPAN ISYAK
09.00 SOLAT ISYA`
09.30 BACAAN 3 SURAH (WAQIAH, SAJDAH DAN MULK)
10.00 MAKAN RINGAN
10.15 PERSIAPAN TIDUR
10.30 WAKTU TIDUR

JADUAL YANG AGAK KETAT INI ADALAH SEMATA-MATA UNTUK MEMASTIKAN BAHAWA SETIAP RUANG MASA YANG ADA DAPAT DIMANFAATKAN SEPENUHNYA. SEMOGA DENGAN ITU SEGALA OBJEKTIF YANG DIGARISKAN AKAN TERCAPAI.

Sumbangan

Sebarang sumbangan boleh dilakukan kepada akaun bank berikut:

NAMA BANK : MAYBANK
DARUL ULUM LANGKAWI RESOURCES
NO. AKAUN: 552077412869

Sila mesejkan sumbangan anda kepada Mudir madrasah, Ustaz Abdul Salam Bin Roslan di nombor 019-2662548