Pengajian Alim

Pengajian Alim di Malaysia secara umumnya ialah selama tujuh hingga lapan tahun. Pengajian ini terbuka kepada pelajar yang telah mempunyai asas fardu ‘ain, boleh membaca al-Quran dan keutamaan akan diberi kepada mereka yang telah menghafal al-Quran dan mengambil Ijazah Syahadah, boleh membaca dan menulis jawi, mempunyai asas pelajaran matematik, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris sekurang-kurangnya mempunyai sijil belajar hingga darjah empat bagi mereka yang bukan hafiz. Had umur kemasukan ialah antara 12 hingga 18 tahun.

4 Peringkat Pengajian Alim

Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran tambahan seumpama pelajaran Bahasa Inggeris, Kemahiran Tulisan Khat, Kemahiran Bengkel dan Pertukangan, Kemahiran Berkebun, Kemahiran Memasak dan Kemahiran Khidmat.

Tempoh Pengajian

Bagi bahagian pengajian Islam dan bahasa Arab pula tempoh pengajian adalah lapan tahun termasuk dua tahun akhir akan diadakan Daurat ul-Hadis. Ini bergantung kepada pencapaian seseorang pelajar, jika terpaksa mengulang tahun pengajian maka tempoh keseluruhan pengajian juga akan bertambah.

Peperiksaan Dan Penilaian

Kebiasaannya pihak madrasah menetapkan bahawa semua pelajar akan menghadapi peperiksaan sebanyak dua kali iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun mengikut kalendar Islam. Peperiksaan ini akan dijalankan berterusan tamat sesi pengajian tersebut untuk menentukan kecemerlangan keseluruhan pengajian pelajar berkenaan. Berikut adalah tarikh peperiksaan yang sering dibuat di madrasah:
i) Peperiksaan Awal Tahun – Bulan Safar
ii) Peperiksaan Akhir Tahun – Bulan Sya’aban

Untuk pengajian Islam dan bahasa Arab, hanya pelajar yang lulus sahaja akan dibenarkan meneruskan pengajian ke tahap yang berikutnya. Jika masih tidak lulus setelah mengambil peperiksaan ulangan maka akan mengulangi tahap yang sama.

Ukuran kelulusan peperiksaan ialah jika mana-mana tiga mata pelajaran tidak lulus maka secara automatik akan mengulangi tahap yang sama pada tahun berikutnya. Jika pelajaran yang wajib (kurang daripada tiga) tidak lulus maka perlu mengambil peperiksaan ulangan, jika lulus maka boleh meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya, jika tidak maka pelajar perlu mengulang kelas tersebut.

Syarat-Syarat Pengambilan Pelajar Alim

Sejajar dengan cita-cita dan inspirasi pihak pengurusan Darul Ulum, beberapa syarat telah ditetapkan bagi setiap pemohon yang berhasrat untuk mengikuti Pengajian Alim. Syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti yang berikut:

  • Mempunyai keinginan untuk memasuki Pengajian Alim.

  • Bagi Hafiz al-Quran, disyaratkan pelajar itu telah mengambil Syahadah.

  • Bagi pelajar pukan Hafiz, sekurang-kurangnya mempunyai sijil PMR atau yang setaraf, boleh membaca al-Quran dan menulis jawi dengan baik.

  • Had umur 12 tahun hingga 18 tahun.

  • Keutamaan kepada penduduk qariah tempatan.

  • Setiap pemohon akan ditemuduga dan diuji melalui kesediaan dan kemahiran pembacaan al-Quran serta pengetahuan asas agama.

  • Sedia ditarbiah dan mematuhi setiap undang-undang Darul Ulum.