Lajnah Ta’lim dan Tarbiyah
Lajnah ini bertanggungjawab untuk memantau kualiti pengajian dan pengajaran, dan pencapaian pelajar dalam pengajian
Maksud:
- Memangkin pencapaian pengajian yang syumul dalam diri pelajar.
Gagasan:
- Pencapaian pelajar dapat dilihat berdasarkan maklumat yang tepat.
- Dapat diambil langkah yang terkehadapan dalam mengatasi masalah pelajar.
Ucapan Dasar Tahunan Mudir
Ucapan ini menyatakan:
- Hala tuju madrasah dalam tahun semasa.
- Perkara-perkara yang perlu dicapai dan diberi tumpuan.
- Penambahbaikan kekurangan-kekurangan dalam tahun sebelumnya.
Dicadangkan selepas tiga bulan pihak madrasah dapat melihat pencapaian dasar-dasar yang telah dinyatakan.
Tugasan Pemantauan Ta’lim
Borang tugasan yang perlu dilakukan oleh Guru Kelas.
- Menyusun kelas.
- Membahagikan rakan muzakarah.
- Melantik penanggungjawab kelas.
- Jadual kebersihan,keceriaan dan khidmat.
- Keperluan asas kelas – alatulis, jam, alatan kebersihan, meja dan sebagainya.
- Laporan keadaan kelas, kesatuan hati pelajar, pelajar mengulang, pelajar lemah.
Setiap awal tahun guru kelas patut menganalisa tahap pelajar dan menentukan pelajar-pelajar dalam tahap tersebut. Ini boleh dikira secara kasar berdasarkan keputusan peperiksaan.
1.1 Laporan perjalanan kitab mengikut suku tahunan.
- Selepas Raya Haji (suku pertama).
- Laporan kitab pertengahan (tutup sabaq imtihan pertengahan tahun).
- Laporan kitab akhir tahun (tutup sabaq imtihan akhir tahun).
Cadangan Pemantapan Pemantauan.
- Ustaz memaklumkan hadaf pengajian kepada pelajar.
- Muqaddimah Kitab atau Muqaddimah Fan, Tarjumah Muallif, Latarbelakang fan, Tarikh dan perkembangan fan.
- Naskhah-naskhah baru kitab pengajian hendaklah diserahkan kepada lajnah ta’lim.
- Latihan bacaan, Qisas an-Nabiyyin 2,3,4, dan 5.
Cadangan peningkatan kualiti pengajian dengan meningkatkan kemahiran mengajar.
Laporan Kitab (Pendataan dan penganalisaan).
- Perjalanan kitab dapat dipantau dengan mengambil laporan daripada pelajar safhah kitab/kitab/bab yang telah dipelajari 2 minggu sekali setiap Jumaat bulan qamari. Tanggungjawab pengisian data boleh diminta daripada pelajar Daurah Ula dan Daurah Akhirah.
- Begitu juga madkhal, muqaddamah dan pengenalan kepada fan. (Laporan berapa lama yang diperlukan).
Sasaran kitab yang lebih terperinci (Garis Panduan Kasar Dalam Pemantauan).
- Menyediakan garis panduan kasar sukatan kitab bagi sela masa tertentu, sebagai contoh sasaran bagi pertengahan tahun, akhir tahun data jika boleh lebih terperinci, mensasarkan suku tahunan. ATAU
- Laporan berdasarkan sela masa bagi sesuatu kitab atau bab itu, contohnya kitab taharah perlukan ½ bulan, kitab solat satu bulan.
1.2 Analisa Keputusan Peperiksaan.
- Awal tahun
- Akhir tahun
1.3 Memantau hadaf sesuatu maddah itu terlaksana.
- Pelajar dapat mencapai hadaf sesuatu maddah. (Nyatakan skop kerja bagi lujnah dan guru yang mengajar.)
- Penerangan tentang hadaf sesuatu maddah
- Perkara-perkara yang perlu ditumpukan
- Latihan-latihan yang diperlukan
- Kitab-kitab rujukan
- Keperluan tertentu (kamus, keupayaan mengira (fiqh, miras) dsb)
- Pelajar dapat memahami uslub pengajaran yang diajar.
- Setiap Kelas ada KERTAS PEMANTAUAN dalam fail Madrasah.
- Guru kelas dan pembantu.
1.4 Mengenal pasti kelemahan pelajar.
1.4.1 Kenal pasti kelemahan dan kesulitan yang dihadapi dalam sesuatu maddah.
- Lemah pemahaman
- Lemah hafalan
- Lemah Nahu Bahasa Arab(faktor ilmu alat )
- Kelemahan melihat kamus(faktor tambahan )
- Lemah penulisan
- Malas dan sikap / Bebanan khidmat
- Tiada semangat / Masalah keluarga
- Cara muzakarah dan mutolaah (Guru kelas )
1.4.2 Bantuan tambahan kepada pelajar yang lemah.
- Kelas tambahan (kepada pelajar yang memerlukan penerangan yang perlahan dan satu persatu
- Kelas khas (kelas tarkib) terutama kelas bawah
- Bantuan tambahan melalui rakan kelas
1.5 Menganalisa keputusan peperiksaan.
- Kehadiran pelajar
- Masa pengajian (termasuk senggang masa imtihan)
- Kehadiran pelajar dan guru dalam kelas
- Keadaan dalam kelas
- Keputusan
- Bilangan hari belajar dalam sebulan
1.6 Peningkatan tahap bidang pengajian di Miftahul Ulum Seri Petaling.
1.6.1 Setiap bidang ada hadaf jangka panjang.
- Quran
- Hadis
- Fiqh
- Sirah
- Tasawwuf
- Lughah – Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Urdu
1.6.2 Menjalankan kajiselidik untuk:
- Mengenalpasti kelemahan pelajar.
- Peningkatan sesuatu maddah.
1.7 Pemantauan hafalan al-Quran pelajar.
- Pelajar Hafiz
- Pelajar bukan hafiz
Kertas Pemantauan Kelas Daurah Akhirah
Keadaan Kelas
- Kesatuan hati
- Khidmat
- Penumpuan
- Kehadiran
Pelajar Bermasalah
- Lemah dalam pelajaran
- Akhlak
- Kaunseling
Pencapaian Maddah (tertentu)
Mesyuarat Ta’lim dan Pengurusan
- Ruang khusus.
- Perlu beri masa yang mu’ayyan bagi sesuatu kerja/ keputusan yang dibuat.
- Pemantauan atau Karguzari semula bagi kerja yang dibuat – perlu ada senarai bagi kerja-kerja atau tanggungjawab yang diberikan.
- Contoh masalah solat, karguzari terperinci seperti rekod nama pelajar, tindakan, pengulangan kesalahan, dan tarbiyah yang dilakukan.
- Masalah doa pagi, sebanyak mana perjalanan.
- Masalah keputusan periksa.
- Masalah pelajar naik maghrib.
Program Pelajar Syahadah
- Terangkan hala tuju madrasah kepada para pelajar.
- Pengisian Pengajian Syahadah.
- Laporan pelajar Syahadah.