Pengajian Takhassus Tafsir
Pengenalan
Al-Quran adalah asas dan tunjang syariah dalam setiap aspek. Al-Quran adalah sumber kepada semua cabang-cabang syariah dan faktor penentu dalam semua aspek agama sama ada aspek ibadah, kemasyarakatan, perundangan atau ekonomi.
Setiap cabang syariah, mempunyai perincian dan pembahagian yang tersendiri serta kunci untuk memahaminya. Berkenaan ini, Ilmu Tafsir adalah kunci pembuka kepada al-Quran.
Adalah suatu keperluan umat adanya mereka yang pakar dalam Tafsir dan Ulum al-Quran. Pihak Darul Ulum Malaysia dengan sukacitanya mencorak langkah permulaan dalam memperkenalkan Pengajian Pengkhususan Tafsir dan Ulum ul-Quran di Malaysia.
Objektif
- Memperkenalkan Ulum al-Quran.
- Menyediakan alim yang pakar dalam bidang ini.
- Menyediakan kertas kerja dan kajian akademik dalam bidang ini.
- Mewujudkan kesedaran awam terhadap kepentingan al-Quran dan ilmu yang berkaitan denganya.
Visi
Melahirkan pakar dalam bidang al-Quran dan mampu menyampaikan mesej yang jelas kepada masyarakat.
Misi
Membimbing dalam usaha menghasilkan kemantapan dan kepakaran dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah.
Mentarbiah dan memupuk akhlaq mulia dan nilai-nilai murni.
Bersama dan membimbing dalam dakwah.
Lokasi
Lokasi Pengajian Takhassus Tafsir Al-Quran adalah di Apartment Taman Putra Impian, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor.
Lokasi pengajian yang terletak di Lembah Klang menjadikannya sebuah tempat yang strategik bagi pengajian tinggi agama. Kuala Lumpur dan Selangor adalah tempat tumpuan ilmuwan dan banyak madrasah-madrasah dan institusi pengajian agama.
Muqarrar Dirasi
- Muqarrar dirasi bagi Pengajian Takhassus Tafsir Al-Quran ini mempunyai Empat (4) Peringkat Pengajian dan mengandungi 11 Maddah.
- Sebahagian maddah dijalankan secara berkelas dan sebahagian yang lain secara mutalaah sahaja.
- Pengajian dibuat secara mutalaah, muzakarah dan pengajaran kelas. Ini adalah asas utama manhaj pengajian ini.
- Muzakarah dan Mutalaah adalah aspek utama dalam Pengajian Takhasus Tafsir Al-Quran ini. Pelajar juga dikehendaki melakukan kajian berkenaan isu-isu penting dalam bidang ini.
مواد للفصل الدراسي الثالث
1. التفسير التحليلي 3
2. تفسير آيات الأحكام
3. الإعجاز العلمي في القرآن
4. البحث في تراجم القرآن
مواد للفصل الدراسي الرابع
1. التفسير التحليلي 4
2. اختلافات القراءات وآثره في التفسير
3. الدفاع عن القرآن
مواد للفصل الدراسي الأول
1. أسس الكتابة الأكاديمية
2. كمبيوتر وطريقة البحث
3. علوم القرآن
4. قواعد التفسير
5. التفسير التحليلي 1
مواد للفصل الدراسي الثاني
1. مصادر التفسير
2. طبقاتة المفسرين ومناهجهم
3. التفسير التحليلي 2
4. التفسير الموضوعي
5. الدخيل في التفسير
مجالات البحوث للتخصص في التفسير
1. دراسات في مناهج المفسرين
2. التفسير التحليلي
3. التفسير الموضوعي
4. الموضوعات في علوم القرآن
5. تفسير آيات الأحكام
6. الإعجاز القرآني
7. الدفاع عن القرآن
8. الدخيل في التفسير (الإسرائيليات في التفسير)
9. تدريب ترجمة القرآن
Jumlah Pelajar
Maksimum 6 orang pelajar sahaja
Tempoh Pengajian
2 tahun (4 semester) bermula Muharram 1443H (Ogos 2021)
Yuran Pengajian
RM3,000 setiap semester setiap orang pelajar.
Biasiswa
Biasiswa Penuh meliputi yuran pengajian dan tempat tinggal (tidak termasuk makanan) akan diberikan kepada kumpulan pertama pengajian ini.
Syarat Kemasukan Pengajian
- Tamat Ijazah Pengajian Alim daripada institusi yang diiktiraf oleh pihak Darul Ulum Malaysia.
- Keputusan penuh peperiksaan dari tahun 4 ke atas.
- Telah sempurna pengajian Terjemahan al-Quran dan Tafsir Jalalain.
- Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan kelas Dauratul Hadis atau yang setaraf.
- Hafiz al-Quran adalah suatu kelebihan.
- Sepenuh masa.
- Pelajar bujang diutamakan.