
DARUL ULUM LANGKAWI
No. 27, Kampung Lubuk Etok, Pulau Tuba, Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.




Pengambilan Pelajar Sesi 2021
Darul Ulum Langkawi mempelawa pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti Pengajian Tahfiz Sepenuh Masa bagi sesi 2021.
Syarat-syarat kelayakan :-
- Umur 12-15 tahun.
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
- Minat yang mendalam untuk belajar agama dengan kemahuan sendiri.
- Mempunyai ilmu asas fardu ain.
- Bersedia mematuhi undang-undang madrasah.
- Berakhlak baik dan tidak mempunyai masalah disiplin.
- Lulus temuduga madrasah.
Sukatan mata pelajaran :-
- Pengajian Al-Quran (Nazirah & Hafazan).
- Pengajian Fardu Ain : Fekah, Tauhid, Akhlak, Sirah, Tajwid dan Jawi.
Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di DUL boleh menyambung pengajian yang lebih tinggi.
Aktiviti riadah : Badminton, Futsal, Bola Sepak, Memanah.
Yuran : Jumlah yuran bulanan adalah RM190 sebulan. Pelajar yang lulus temuduga berpeluang mendapat biasiswa yuran bulanan sebanyak rm120.
Kekosongan : Berbaki 10 tempat kosong lagi.
Sesi Temuduga :-
- Dibuka sepanjang tahun.
- Lokasi temuduga dibuat di DUL, Pulau Tuba, Langkawi dan juga Pejabat ABC (Asatizah Business Centre) di Seri Petaling, Kuala Lumpur.
Temuduga di DUL, Pulau Tuba, Langkawi.
- Masa : Pagi (9:30 AM – 12.00 AM) & Petang (2.30 PM – 4.00 PM)
- Hari : Ahad-Khamis
- Alamat : No. 27, Kampung Lubuk Etok, Pulau Tuba, Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
- Hubungi : 019-266 2548 (Ustaz Abdul Salam)
Temuduga di Pejabat ABC (Asatizah Business Centre) di Seri Petaling, Kuala Lumpur
- Masa dan Hari perlu dibuat melalui temujanji
- Alamat : No.58 Jalan 7/149J Seri Petaling, Kuala Lumpur
- Hubungi : 012-350 7171 (Ustaz Abdullah Marbuqi)
Dokumen yang diperlukan semasa temuduga :-
- Salinan MyKad/MyKid pemohon dan ibu/bapa/waris.
- Dua (2) keping gambar ukuran passport.
- Salinan keputusan peperiksaan terkini yang disahkan (jika ada).
- Surat pengesahan belajar atau surat berhenti sekolah dari sekolah atau madrasah terdahulu (bagi yang berkenaan).



