Temuduga Pengajian Takhasus Tafsir

Temuduga

TEMUDUGA DITUTUP KERANA PENGAJIAN TELAH BERMULA

Temuduga kemasukan pengajian adalah melalui 3 peringkat.

Pertama : Saringan awal selepas permohonan dikemukakan. Email atau Mesej penerimaan atau penolakan akan diberikan terlebih dahulu. Calon yang diterima permohonannya akan diberi tarikh untuk temuduga peringkat kedua. Calon yang tidak diterima akan dicadangkan untuk ke pengajian yang lebih sesuai.

Kedua : Temuduga rasmi bersama tenaga pengajar Pengajian Takhassus Tafsir Al-Quran dan Penasihat Jabatan Pengajian Takhassus Tafsir Al-Quran akan diadakan. Calon yang diterima akan diberi tarikh untuk temuduga peringkat ketiga. Calon yang tidak diterima akan dicadangkan untuk ke pengajian yang lebih sesuai.

Ketiga : Temuduga akhir bersama pihak Mudir Pengajian Takhassus Tafsir Al-Quran akan diadakan. Calon yang diterima akan memasuki pengajian ini. Calon yang tidak diterima akan dicadangkan untuk ke pengajian yang lebih sesuai.

Dokumen yang diperlukan :-

  • Resume Pelajar (Data Peribadi dan Latar belakang Pengajian)
  • Salinan Kad Pengenalan/Passport.
  • Syahadah Alim
  • Sanad Alim
  • Syahadah hafiz dan syahadah (jika ada)
  • Keputusan Pengajian
    – keputusan peperiksaan kelas 5, 6, 7, dan 8.
    – Surat sokongan permohonan takhassus daripada ulama tempatan

(Jabatan berhak untuk meminta dokumen-dokumen lain yang berkenaan.)