Jika anda mesej kepada Group WhatsApp yang mempunyai 256 ahli, boleh jadi tak sampai 10 orang pun membaca mesej itu. Apatah lagi dalam group-group bisnes yang mana kesemua orang buat bisnes dan join group sekadar nak letak iklan.

Tapi dengan Broadcast WhatsApp hampir 100% daripada 256 orang dalam setiap list Broadcast tadi akan buka mesej anda.

Bagaimana ini berlaku?

Kerana dalam Broadcast list, mesej tersebut akan dihantar oleh WhatsApp secara peribadi kepada semua orang dalam list. Seolah-olah anda menghantar mesej peribadi kepada setiap orang yang ada dalam list tadi. Sedangkan anda hanya hantar 1 kali sahaja.

Jumlah Broadcast list yang anda boleh buat ialah tiada had (unlimited). Manakala jumlah orang dalam setiap list ialah 256 orang. Maksudnya jika anda buat 10 Broadcast list, anda boleh isi 2560 orang di situ.

Syaratnya ialah nombor telefon orang itu mesti ada di dalam telefon anda.

Cara buat Broadcast list.

Tekan simbol 3 titik di sebelah kanan WhatsApp anda.

Pilih “New Broadcast”.

Kemudian pilih nama-nama yang ingin anda masukkan. Limit adalah 256 orang. Jika ada lebih dari itu, buat Broadcast list yang kedua, ketiga dan seterusnya.

Bila sudah siap, anda boleh tukar nama Broadcast list anda kepada nama pilihan anda. Contohnya “Family Besar” atau “Geng Sekolah” atau “Broadcast 1”.

Hantar mesej seperti biasa. WhatsApp akan hantar secara peribadi kepada semua orang dalam list.

Jika mereka reply, ia hanya reply kepada anda seorang sahaja dan tidak kepada orang lain dalam list tadi.

Namun janganlah hantar mesej terlalu kerap kerana sesiapa pun tak suka mesej yang terlalu kerap. Mungkin 2 kali seminggu memadai.

Waktu yang sesuai adalah antara 8 hingga 10 pagi.

Selesai.