Pengenalan Tafsir al-Quran
Al-Quran ialah Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam melalui perantaraan Jibril alaihissalam, selama tempoh 23 tahun nubuwwah. Nabi sallallahu ‘alaihi wa aalihi wa sallam telah menyampaikan Al-Quran ini kepada para Sahabah radhiyallahu ‘anhum dan telah menerangkan kepada mereka makna-makna dan hukum-hukum al-Quran, serta mereka beramal dengannya.
Riwayat Sayyidina Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu
عن ابن مسعود، قال: «كانَ الرجل مِنَّا إذا تعلَّم عَشْر آياتٍ لم يجاوزهُنّ حتى يعرف معانيهُنَّ، والعملَ بهنَّ». رواه ابن جرير الطبري في تفسيره، وأشار إلى صحته
Diriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata, “Adalah seorang lelaki dalam kalangan kami, apabila dia mempelajari sepuluh ayat, maka dia tidak akan melampaui ayat-ayat tersebut yakni tidak meneruskan untuk mempelajari ayat-ayat lain sehinggalah dia mengetahui makna-maknanya, dan beramal dengannya.” Telah meriwayatkannya oleh Imam Ibnu Jarir at-Tobari dalam tafsirnya, dan beliau mengisyaratkan kepada kesahihan riwayat ini.
Riwayat Sayyidina Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma
وعن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال: لقد عِشنا بُرهةً من دهرنا وإن أحدنا ليؤتى الإيمان قبل القرآن وتنزل السورة على محمدٍ صلى الله عليه وسلم فنتعلم حلالها وحرامها وما ينبغي أن يُوقفَ عنده مِنها كما تتعلّمون أنتم اليوم القُرآن ولقد رأيت اليوم رِجالاً يُؤتى أحدهم القرآن قبل الإيمان فيقرأ ما بين فاتحتِهِ إلى خاتمته ما يدري ما آمره ولا زاجره ولا ما ينبغي أن يُوقف عنده منه وينثُرُه نثر الدقَلِ. رواه البيهقي والحاكم وصححه
Sayyidina Abdullah Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Kami telah tinggal bersama Rasulullah seketika dalam hidup kami. Sesungguhnya salah seorang daripada kami telah berikan (pengajaran) iman sebelum al-Quran. (Apabila) turun satu surah kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam lalu kami mempelajari perkara halal dan haramnya, dan perkara yang perlu difahami dan diberi perhatian padanya sepertimana kamu mempelajari al-Quran pada hari ini. Kemudian saya melihat segolongan lelaki telah diberikan salah seorang daripada mereka al-Quran sebelum (diajarkan) iman. Maka dia pun membaca al-Quran dari permulaannya sehingga akhirnya sedangkan dia tidak mengetahui perintah dan larangannya dan tidak juga mengetahui perkara yang sepatutnya dia memahami dan memberi perhatian kepadanya seolah-olah dia menaburkannya seperti menabur kurma yang buruk yakni melafazkannya tanpa memberi perhatian kepadanya.” (Baihaqi dan Hakim)
Pembahagian Tafsir Mengikut Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma
Imam Abdul Razak Son’ani rahimahullah ta’ala meriwayatkan dalam kitab tafsirnya, Sayyidina Abdullah ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma telah berkata, “Pentafsiran Al-Quran berdasarkan empat bentuk;
Imam Zarkashi rahimahullah ta’ala telah menyebutkan riwayat ini dalam kitab al-Burhan dengan meletakkan nota kaki bahawa ini adalah pembahagian yang betul kemudian beliau mula menerangkan sebab pembahagian ini dan menjelaskannya.