RIWAYAT ISRA’ILIYYAT

ولهذا غالب ما يرويه إسماعيل بن عبد الرحمن السدي الكبير في تفسيره عن هذين الرجلين عبد الله بن مسعود وابن عباس

ولكن في بعض الأحيان ينقل عنهم ما يحكونه من أقاويل أهل الكتاب التي أباحها رسول الله صلى الله عليه وسلم حيث قال بلغوا عني ولو آية وحدثوا عن بني إسرائيل ولا حرج ومن كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار رواه البخاري عن عبد الله ؛

Karena ini, kebanyakan pentafsiran yang diriwayatkan oleh Ismail ibnu Abdur Rahman Suddi Kabir bersumber daripada dua orang ini, yakni Sayyidina Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu dan Sayyidina Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma,

tetapi adakalanya Imam Suddi Kabir menukilkan daripada para sahabat riwayat-riwayat ahli kitab yang  dibenarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam seperti yang disabdakan oleh Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Sampaikanlah daripadaku, walaupun hanya satu ayat, dan berceritalah tentang kaum Bani Israil, tiada dosa (bagi kalian). Barang siapa berdusta terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah dia menyiapkan tempat duduknya di neraka. (Imam Bukhari meriwayatkannya daripada Abdullah ibnu Amr)

ولهذا كان عبد الله بن عمرو يوم اليرموك قد أصاب زاملتين من كتب أهل الكتاب فكان يحدث منهما بما فهمه من هذا الحديث من الإذن في ذلك

Oleh kerana ini, adalah Sayyidina Abdullah ibnu Amr radhiyallahu ‘anhuma telah mendapat dua muatan kitab-kitab ahli kitab sebagai hasil ghanimah dalam Perang Yarmuk, lalu beliau sering mengkhabarkan (perkhabaran dan riwayat) daripada kitab-kitab ini kerana keizinan daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam yang beliau fahami daripada hadis ini (hadis di atas)

ولكن هذه الأحاديث الإسرائيلية تذكر للاستشهاد لا للاعتضاد فإنها على ثلاثة أقسام

Akan tetapi, kisah-kisah israiliyat ini disebutkan hanya sebagai penyaksian, bukan sebagai sandaran hukum.