TAFSIR QURAN DARIPADA TABI’IN
إذا لم تجد التفسير في القرآن ولا في السنة ولا وجدته عن الصحابة فقد رجع كثير من الأئمة في ذلك إلى أقوال التابعين كمجاهد بن جبر فإنه كان آية في التفسير
قال عرضت المصحف على ابن عباس ثلاث عرضات من فاتحته إلى خاتمته أوقفه عند كل آية منه وأسأله عنها .
Apabila kamu tidak mendapati sebarang tafsir dalam al-Quran, sunnah dan kamu juga tidak mendapatinya daripada para sahabat radhiyallahu ‘anhum, maka sesungguhnya kebanyakan ulama’ telah merujuk pada demikian itu, kepada pendapat-pendapat para tabi’in seperti Imam Mujahid ibn Jabr, sesungguhnya beliau adalah satu ayat iaitu orang yang paling pakar dalam tafsir.
Beliau (Imam Mujahid ibn Jabr) berkata, “Aku telah membacakan mushaf (untuk mempelajarinya) dengan Sayyidina Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma sebanyak tiga kali daripada permulaan hingga pengakhirannya, dan aku berhenti pada setiap ayat daripadanya dan bertanya Sayyidina Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhuma mengenainya.
وكسعيد بن جبير وعكرمة مولى ابن عباس وعطاء بن أبي رباح والحسن البصري ومسروق بن الأجدع وسعيد بن المسيب وأبي العالية والربيع بن أنس وقتادة والضحاك بن مزاحم وغيرهم من التابعين وتابعيهم ومن بعدهم
فتذكر أقوالهم في الآية فيقع في عباراتهم تباين في الألفاظ يحسبها من لا علم عنده اختلافا فيحكيها أقوالا وليس كذلك
فإن منهم من يعبر عن الشيء بلازمه أو بنظيره ومنهم من ينص على الشيء بعينه والكل بمعنى واحد في كثير من الأماكن فليتفطن اللبيب لذلك والله الهادي
Begitu juga (yang dapat dijadikan rujukan lagi) seperti Sa’id ibnu Jubair, Ikrimah maula Ibnu Abbas, Ata ibnu Abu Rabah, Hasan Basri, Masruq ibnul Ajda’, Sa’id ibnul Musayyab, Abul Aliyah, Rabi’ ibnu Anas, Qatadah, Dahhak ibnu Muzahim dan lain-lainnya daripada kalangan para tabi’in dan para pengikut mereka.
Manakala pendapat-pendapat mereka dinyatakan berkenaan sesuatu ayat lalu sekilas pandang berlaku dalam penyataan-penyataan mereka perbezaan pada lafaz-lafaznya yang oleh orang yang tidak mempunyai ilmu mengiranya sebagai perselisihan, seterusnya mereka menukilkannya sebagai pendapat-pendapat yang berbeda, sedangkan kenyataan tidak sedemikian.
Sesungguhnya ada antara mereka yang menyatakan berkenaan sesuatu dengan lazimnya atau nazirnya, dan sebahagian yang lain yang menyatakan secara jelas (nas), dan secara keseluruhannya pendapat-pendapat mereka adalah sama, pada kebanyakan tempat. Maka dalam perkara ini hanya jauhari yang mengenal manikam, dan Allah lah sebenar-benar pemberi petunjuk.
وقال شعبة بن الحجاج وغيره أقوال التابعين في الفروع ليست حجة فكيف تكون حجة في التفسير ؟ يعني أنها لا تكون حجة على غيرهم ممن خالفهم وهذا صحيح أما إذا أجمعوا على الشيء فلا يرتاب في كونه حجة فإن اختلفوا فلا يكون بعضهم حجة على بعض ولا على من بعدهم ويرجع في ذلك إلى لغة القرآن أو السنة أو عموم لغة العرب أو أقوال الصحابة في ذلك
Imam Syu’bah bin Hajjaj dan ulama’ selain beliau telah berkata, “Pendapat-pendapat para tabi’in berkenaan masalah furu’ tidak boleh menjadi hujjah, lalu bagaimanakah ia boleh menjadi hujjah dalam sesuatu pentafsiran?” Ini bermaksud bahawa ia bukanlah hujjah ke atas selain mereka daripada kalangan orang yang tidak setuju dengan mereka dan ini adalah benar. Adapun jika mereka sebulat suara mengenai perkara itu, maka tiada keraguan bahawa ia menjadi hujjah. Sekiranya mereka berselisih pendapat, maka sebahagian mereka tidak menjadi hujjah ke atas yang lain, atau menjadi hujjah ke atas orang selepas mereka, dan kembali pada demikian itu kepada bahasa al-Quran, Sunnah, keumuman Bahasa Arab atau perkataan Sahabah berkenaan demikian.