TAFSIR QURAN DENGAN SUNNAH

فإن لم تجده فمن السنة ، كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لمعاذ حين بعثه إلى اليمن بم تحكم ؟ قال بكتاب الله قال : فإن لم تجد ؟ قال بسنة رسول الله قال فإن لم تجد قال أجتهد برأيي . قال فضرب رسول الله صلى الله عليه وسلم في صدره ، وقال الحمد لله الذي وفق رسول رسول الله لما يرضى رسول الله

وهذا الحديث في المساند والسنن بإسناد جيد كما هو مقرر في موضعه

Jika kamu tidak menjumpainya, maka (dapatkan penerangannya) daripada Sunnah, seperti yang telah dikatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi was sallam kepada Sayyidina Muaz radhiyallahu ‘anhu ketika Baginda sallallahu ‘alaihi was sallam mengutuskannya ke Yaman, “Dengan apakah kamu memutuskan hukum?”

Sayyidina Muaz radhiyallahu ‘anhu menjawab, “Dengan Kitabullah.”

Baginda sallallahu ‘alaihi was sallam berkata, “Jika kamu tidak menemuinya?”

Sayyidina Muaz radhiyallahu ‘anhu menjawab, “Dengan sunnah Rasulullah.”

Baginda sallallahu ‘alaihi was sallam berkata lagi, “Jika kamu tidak menemuinya?”

Sayyidina Muaz radhiyallahu ‘anhu menjawab, “Aku akan berijtihad dengan pendapatku.”

Perawi meneruskan riwayatnya, “Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi was sallam menepuk dadanya seraya bersabda, ‘Segala puji bagi Allah ta’ala yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dengan sesuatu yang diredhai oleh Rasulullah.’”

Hadis ini diriwayatkan dalam kitab-kitab Musnad dan Sunan dengan sanad yang baik sepertimana yang telah ditetapkan pada perbahasannya.