INFAQ PEMBELIAN KITAB KEGUNAAN MADRASAH, ASATIZAH DAN PARA PELAJAR
PENGENALAN
Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) telah bekerjasama dengan pihak Pustaka Tok Kenali (PTK) untuk menjalankan kempen pembelian kitab-kitab pengajian agama Islam keluaran penerbit Dar al-Minhaj yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi.
Pustaka Tok Kenali (PTK) mempunyai kepakaran di dalam bidang pemilihan kitab-kitab pengajian agama Islam yang boleh dipercayai dari segi isi kandungan dan kualiti cetakan. Pihak PTK telah menyediakan servis pemilihan dan pembelian kitab-kitab pengajian agama Islam yang digunakan oleh para pelajar agama di seluruh Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya. Dengan itu PTK diakui sebagai penyedia servis yang terbaik di dalam bidang ini.
Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) pula mempunyai jaringan rangkaian yang luas dalam kalangan pengendali pusat-pusat pengajian seperti Madrasah dan Pondok di Malaysia. Sekaligus hubungan di antara para asatizah dan para pelajar agama dengan pihak PADU adalah rapat.
Menyedari akan kepentingan dan keperluan untuk menyediakan kitab-kitab pengajian agama Islam yang mencukupi bagi para asatizah serta para pelajar agama tersebut, pihak PADU mengambil inisiatif untuk mengumpulkan infaq bagi Dana Pembelian Kitab dan seterusnya bekerjasama dengan PTK bagi mendapatkan kitab keluaran penerbit Dar Minhaj untuk kegunaan para asatizah serta para pelajar agama tersebut.
Melalui sumbangan Infaq ini diharapkan agar para asatizah serta para pelajar akan mendapat bekalan kitab-kitab pengajian agama Islam yang berkualiti daripada pihak penerbit Dar Minhaj dengan lebih mudah dan mencukupi.
OBJEKTIF
- Membuat pemilihan kitab-kitab yang diperlukan.
- Mengumpulkan tempahan daripada asatizah dan para pelajar.
- Menyediakan dana pusingan bagi pembelian kitab.
- Menguruskan pembelian daripada pihak Dar Minhaj.
KAEDAH
Melalui sumbangan Infaq ini, PADU akan membuat tempahan kitab-kitab secara pre-order. Melalui kaedah ini, tempahan kitab yang lebih besar dapat dikumpulkan kerana tempahan dibuat adalah secara berkumpulan dan pukal. Maka harga yang diperoleh akan menjadi lebih murah berbanding harga pasaran.
Memandangkan melalui kaedah ini, para asatizah dan para pelajar dapat membeli kitab dengan harga yang lebih murah maka PADU bercadang untuk membuka tempahan kitab ini kepada mereka. Para asatizah dan para pelajar akan dapat membuat pilihan beberapa kitab yang penting di dalam silibus pengajian mereka.
Namun demikian untuk menyediakan kos sepenuhnya bagi kitab-kitab yang diperlukan adalah di luar kemampuan pihak asatizah dan para pelajar. Kerana itu di sini kami akan membentangkan kitab-kitab yang diperlukan oleh pihak asatizah dan para pelajar beserta kos pembeliannya.
Dengan ini kami berharap agar orang ramai yang mempunyai keinginan untuk Infaq sudi untuk mengorbankan sedikit kelebihan yang ada untuk menyediakan kos sepenuhnya bagi pembelian kitab-kitab pengajian agama Islam seperti yang disenaraikan. Dengan adanya Dana Pembelian Kitab Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) ini maka kitab-kitab akan dapat dibeli dengan harga pukal yang lebih murah.
Maka pihak asatizah dan para pelajar dapat memiliki kitab-kitab yang diperlukan dan tidak dibebankan dengan harga kos yang amat tinggi sebaliknya bayaran ansuran bulanan yang amat rendah disediakan kepada mereka oleh pihak PADU.
UPDATE: Sejak 2022, Dana Pembelian Kitab Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) ini diteruskan dengan membuka peluang infaq kepada muslimin dan muslimat untuk menyediakan kitab-kitab keperluan madrasah-madrasah, para asatizah dan para pelajar dari pelbagai sumber dan tidak tertakluk dari penerbit Dar al-Minhaj sahaja.
Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani).
Sebarang sumbangan Infaq boleh disalurkan melalui pautan seperti di bawah.
Laporan Tempahan Kitab Dar Minhaj
Fasa 1 (Februari 2021)
Nama Kitab | Harga Kitab | Jumlah Kitab | Jumlah Harga |
تفسير حدائق الروح والريحان | RM 1,390.00 | 32 | RM 44,480.00 |
حاشية الترمسي | RM 520.00 | 1 | RM 520.00 |
تقريب التهذيب | RM 130.00 | 1 | RM 130.00 |
تدريب الراوي | RM 430.00 | 1 | RM 430.00 |
الأذكار | RM 80.00 | 7 | RM 560.00 |
أثر الحديث | RM 60.00 | 2 | RM 120.00 |
التبيان | RM 50.00 | 3 | RM 150.00 |
منتهى السول | RM 220.00 | 13 | RM 2,860.00 |
وسائل الوصول | RM 50.00 | 10 | RM 500.00 |
تقريب الأصول الشيخ أحمد بن زين دحلان | RM 110.00 | 4 | RM 440.00 |
جواهر القرآن للإمام الغزالي | RM 55.00 | 5 | RM 275.00 |
لطائف القرآن | RM 20.00 | 1 | RM 20.00 |
النصيحة في الصلاة الصحيحة | RM 20.00 | 1 | RM 20.00 |
زبدة الإتقان في علوم القرآن | RM 52.00 | 1 | RM 52.00 |
سلسلة الإمام الحداد | RM 208.00 | 1 | RM 208.00 |
القواعد الأساسية في علوم القرآن | RM 45.00 | 1 | RM 45.00 |
الأسرار النبوية في اختصار الأذكار النووية | RM 45.00 | 1 | RM 45.00 |
أخبار الصلاة | RM 26.00 | 1 | RM 26.00 |
آداب الإسلام في نظام الأسرة | RM 45.00 | 1 | RM 45.00 |
JUMLAH BESAR | RM 50,926.00 |
Setelah mengumpulkan tempahan kitab-kitab daripada pihak asatizah dan para pelajar, pihak PADU akan membuat bayaran penuh kepada PTK dengan harga pre-order seperti yang ditawarkan oleh pihak PTK. Setelah itu pihak asatizah dan para pelajar akan membuat pembayaran semula jumlah harga yang sama dengan cara pembayaran ansuran dalam tempoh sepuluh bulan bagi kitab yang besar atau kurang daripada itu bagi kitab yang lebih murah.
Fasa 1 iaitu pada bulan Februari 2021 telah berjaya mengumpulkan tempahan kitab berjumlah RM 50,926. Untuk Dana Pembelian Kitab Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) Fasa 1 ini terdapat tiga orang hamba Allah S.W.T. yang berbesar hati untuk meminjamkan wang berjumlah RM32,000.00 dengan perjanjian pulangan semula pinjaman tersebut secara ansuran dalam tempoh sepuluh bulan. Manakala seorang dermawan lagi telah menginfaqkan sebanyak RM7,000.00 untuk kegunaan Dana Pembelian Kitab Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU).
Sehubungan dengan itu, infaq bagi Dana Pembelian Kitab Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) ini akan diteruskan untuk menyediakan peluang yang sama kepada pihak asatizah dan para pelajar yang lain pula untuk mendapatkan kitab-kitab yang diperlukan di dalam pengajian agama mereka.
Kami amat berbesar hati jika orang ramai sudi untuk membuat sumbangan seikhlas hati kepada Dana Pembelian Kitab Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) yang sedang kami jalankan ini. Sebarang sumbangan boleh dibuat melalui pautan seperti di bawah.
Senarai Penginfaq Dana Pembelian Kitab PADU
Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Bil. | Nama | Jumlah |
1. | Dermawan Abdul Kadir | RM 7000 |
2. | Dermawan Abdul Sukur | RM 500 |
3. | Dermawan Abu Safiyyah | RM 50 |
4. | Dermawan Syamsuddin Nurdin | RM 30 |
5. | Dermawan Nor Efendy | RM 100 |
6. | Dermawan Nahar Efendy | RM 500 |
7. | Dermawan Mohd Nahar Othman | RM 100 |
8. | Dermawan Hasnah Abu Bakar | RM 500 |
9. | Dermawan Muadzam Mohamad | RM 1000 |
10. | Dermawan Radziah | RM 1000 |
11. | Dermawan Abdul Rahman | RM 1000 |
12. | Dermawan Siti Maryam | RM 30 |
JUMLAH | RM 11810 |