DARUL ULUM LANGKAWI

No. 27, Kampung Lubuk Etok, Pulau Tuba, Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah.

Pengambilan Pelajar Sesi 2021

Darul Ulum Langkawi mempelawa pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti Pengajian Tahfiz Sepenuh Masa bagi sesi 2021.

Syarat-syarat kelayakan :-

  1. Umur 12-15 tahun.
  2. Boleh membaca Al-Quran dengan baik.
  3. Minat yang mendalam untuk belajar agama dengan kemahuan sendiri.
  4. Mempunyai ilmu asas fardu ain.
  5. Bersedia mematuhi undang-undang madrasah.
  6. Berakhlak baik dan tidak mempunyai masalah disiplin.
  7. Lulus temuduga madrasah.

Sukatan mata pelajaran :-

  1. Pengajian Al-Quran (Nazirah & Hafazan).
  2. Pengajian Fardu Ain : Fekah, Tauhid, Akhlak, Sirah, Tajwid dan Jawi.

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di DUL boleh menyambung pengajian yang lebih tinggi.

Aktiviti riadah : Badminton, Futsal, Bola Sepak, Memanah.

Yuran : Jumlah yuran bulanan adalah RM190 sebulan. Pelajar yang lulus temuduga berpeluang mendapat biasiswa yuran bulanan sebanyak rm120.

Kekosongan : Berbaki 10 tempat kosong lagi.

Sesi Temuduga :-

  • Dibuka sepanjang tahun.
  • Lokasi temuduga dibuat di DUL, Pulau Tuba, Langkawi dan juga Pejabat ABC (Asatizah Business Centre) di Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Temuduga di DUL, Pulau Tuba, Langkawi.

  • Masa : Pagi (9:30 AM – 12.00 AM) & Petang (2.30 PM – 4.00 PM)
  • Hari : Ahad-Khamis
  • Alamat : No. 27, Kampung Lubuk Etok, Pulau Tuba, Mukim Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
  • Hubungi : 019-266 2548 (Ustaz Abdul Salam)

Temuduga di Pejabat ABC (Asatizah Business Centre) di Seri Petaling, Kuala Lumpur

  • Masa dan Hari perlu dibuat melalui temujanji
  • Alamat : No.58 Jalan 7/149J Seri Petaling, Kuala Lumpur
  • Hubungi : 012-350 7171 (Ustaz Abdullah Marbuqi)

Dokumen yang diperlukan semasa temuduga :-

  1. Salinan MyKad/MyKid pemohon dan ibu/bapa/waris.
  2. Dua (2) keping gambar ukuran passport.
  3. Salinan keputusan peperiksaan terkini yang disahkan (jika ada).
  4. Surat pengesahan belajar atau surat berhenti sekolah dari sekolah atau madrasah terdahulu (bagi yang berkenaan).