وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ

“…Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa…” 

(al-Maidah, Ayat 2)

Kalimah ta’awun di dalam bahasa Arab bermaksud “saling bantu-membantu atau saling tolong-menolong”. Berdasarkan konsep inilah Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) melebarkan sayapnya untuk menjalankan misi-misi Agama, Sosial dan Kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) bekerjasama dengan mana-mana pihak perseorangan, berkumpulan atau mana-mana NGO yang sudi untuk bekerjasama di dalam menjayakan misi ini.

Semenjak beberapa tahun yang lalu, pihak Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) atau dahulunya dikenali sebagai Darul Ulum Malaysia, sering dijadikan wadah untuk menyalurkan bantuan kepada pihak madrasah-madrasah, pengajian agama serta warga madrasah seperti para asatizah dan para pelajar. Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) akan mengenalpasti pihak-pihak yang memerlukan tersebut seterusnya menyalurkan bantuan yang ada kepada mereka.

Berikutan penularan wabak pandemik Covid-19 yang bermula pada tahun 2019 yang lalu, pelbagai pihak telah terkesan dan mengalami kemerosotan ekonomi yang amat teruk. Keadaan ini menyebabkan pelbagai implikasi yang tidak baik dari segi Agama, Sosial dan Kemanusiaan.

Atas maksud itulah, pihak Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) mengorak langkah dengan lebih drastik lagi dan meluaskan lagi usaha-usaha menyalurkan bantuan dan misi-misi Agama, Sosial dan Kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Semoga Allah subhanahu wa taala menerima usaha-usaha yang dijalankan oleh Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) ini serta menerima pengorbanan mereka-merka yang telah membuat sumbangan serta infaq kepada pihak Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) untuk menjayakan usaha-usaha ini.

MALAYSIA

Usahasama dengan : Yayasan Dakwah Tabligh

KEMBOJA

Usahasama dengan : Al-Khalif World

PERANCIS

Usahasama dengan : Bonrico EU SASU

Mana-mana umat Islam atau ahli Pertubuhan Amal Darul Ulum (PADU) yang berminat untuk menyertai Program Taawun ini atau mana-mana pihak yang ingin menjalankan usahasama, bolehlah menghubungi kami dengan menekan butang di bawah:

BERMINAT MENYERTAI PROGRAM TAAWUN