Pertandingan Tulis & Menang

Buat julung kalinya pihak Darul Ulum Malaysia menganjurkan pertandingan penulisan artikel keagamaan. Para peserta dikehendaki menulis artikel berbentuk keagamaan sekitar 500 patah perkataan ke atas. Kategori penulisan adalah terbuka dan umum.

Tujuan pertandingan ini dibuat bukanlah untuk menunjukkan siapa yang pandai menulis, siapa penulis tersohor, siapa handal atau tidak. Sekadar untuk menyemarakkan lagi minat pada ilmu agama serta semangat untuk menyampaikan ilmu melalui penulisan.

Penulisan artikel boleh ditulis dalam pelbagai jenis penulisan sama ada deskriptif, naratif, argumentatif atau persuasif. Para peserta boleh menyampaikan penulisan dalam bentuk ilmiah, akademik, fakta, rencana, cerita, cerpen dan sebagainya.

Tempoh Pertandingan

Tempoh pertandingan adalah sepanjang bulan Jun 2020. Tarikh penerimaan terakhir artikel adalah pada 12.00 malam 30 Jun 2020.

Kaedah Penilaian

  1. Gaya penulisan yang menarik.
  2. Menepati tatabahasa Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
  3. Mendapat paparan pembaca yang banyak di laman sesawang.

Syarat Pertandingan

  1. Daftar sebagai ahli di laman sesawang Darul Ulum Malaysia : darululum.my/daftar
  2. Hantar artikel yang sudah siap ditulis melalui link : darululum.my/hantar-artikel-pertandingan
  3. Anda boleh menghantar lebih dari satu artikel. Artikel boleh ditulis di dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Artikel anda mestilah tulisan sendiri dan bukan ditiru atau plagiat dari penulisan orang lain.
  4. Tulis sedikit biografi diri anda di bawah perenggan terakhir artikel tersebut.
  5. Setelah anda menghantar artikel, pihak Darul Ulum Malaysia akan memeriksa artikel yang dihantar.
  6. Artikel akan diterbitkan selepas diluluskan oleh pihak Darul Ulum Malaysia.
  7. Artikel yang dihantar akan menjadi hak milik Darul Ulum Malaysia sepenuhnya. Nama dan biografi ringkas anda akan dipaparkan di bahagian bawah artikel tersebut.

Tips

Untuk dapatkan banyak paparan pembaca, anda boleh sebarkan artikel penulisan anda melalui media sosial dan lain-lain. Salin (copy) link url artikel anda yang telah diterbitkan di dalam laman sesawang Darul Ulum Malaysia dan seterusnya tampal (paste) di mana-mana media sosial yang ada atau di dalam group-group WhatsApp atau Telegram untuk dapatkan lebih banyak paparan pembaca. Kami akan menilai jumlah paparan pembaca artikel anda melalui Google Analytic.

Hadiah

  • Hadiah utama : RM100
  • 2 Hadiah Saguhati : RM50 setiap orang