Soalan :
1) Kami ada empat orang anak angkat. Untuk membayar zakat mereka, adakah perlu mendapat keizinan mereka? Mereka berumur 20 tahun kebawah.
Jawaban :
1)Asalnya zakat fitrah mereka wajib dibayar oleh ayah mereka, jika mereka tiada harta harta atau tiada pekerjaan yang memberi pendapatan.
2) Jika orang tua mereka sudah tiada dan mereka ada harta maka hendaklah mereka membayar zakat fitrah menggunakan hasil pendapatan mereka sendiri.
3) Sekiranya kita ingin membayarkan bagi pihak mereka, maka wajib meminta izin dahulu supaya pembayaran bagi pihak itu sah berdasarkan kaedah membayar bagi pihak orang yang bukan tanggungjawab wajib didahului dengan izinnya.
Jawaban daripada Al Fadil Ustaz Ahmad Lutfi Muharram.