Soalan :
Adakah dibolehkan meletakkan matan hadis pada label produk jualan?
Jawaban :
Hadis adalah perlu dihormati dan dimuliakan. Manakala label pada produk termasuk dalam perkara yang mudah terlibat dengan ihanah (perbuatan tidak menghormati), maka perlu dielakkan untuk diletakkan hadis padanya.
Sekiranya hendak disertakan dengan hadis, boleh diletakkan terjemahan hadis dan rujukan hadis tersebut daripada kitab asal. Wallahu a’lam
Jawaban daripada Al Fadil Ustaz Ahmad Lutfi Muharam