Gambar yang saya kongsikan di atas kemungkinan besar adalah berkaitan isu minda dan emosi. Apabila ianya telah lama dipendam maka datanglah fikiran-fikiran yang menjurumus ke arah perkara sedemikian.
Demi kebaikan diri sendiri pastikan anda tidak diagnos diri sendiri. Bahkan jika ada petanda minda dan mental serta emosi terganggu, cepat-cepatlah jumpa kaunselor, therapist, psikiatri atau pegawai psikologi.
Jangan biarkan sehingga semakin parah kerana akhirnya fikiran anda tidak dapat dikawal lagi sehinggakan anda boleh membuat keputusan yang membahayakan diri sendiri.
Kalau ada kawan yang BOLEH DIPERCAYAI, cuba-cubalah buat heart to heart supaya tidaklah sesuatu masalah itu terlalu membebankan diri dan minda.
Sebagai ibu bapa, anda perlu check tindak tanduk serta kelakuan anak-anak. Jangan asyik sibuk bekerja dan mengherdik anak sahaja. Kadangkala apabila anak menjadi semakin diam itu pastinya dia dalam keadaan bermasalah dari segi minda atau mental bahkan emosi.
Ambil peduli dengan anak-anak. Berkawan dengan anak-anak. Jangan hanya menjadi seorang ibu ayah yang hanya membesarkan anak sahaja. Kesihatan minda, mental dan emosi anak-anak masa kini sangatlah membimbangkan.
Sebagai guru terutama Guru Bimbingan dan Kaunseling ( GBK ) sila cakna tentang perkembangan emosi, minda dan mental para pelajar. Think about it untuk mengelakkan para pelajar semakin tertekan dalam pembelajaran dan pengajaran.
Buat program yang boleh mengatasi masalah mental illness atau psychosomatic disorder. Gunakan teknik-teknik yang ada untuk mencelikkan akal para pelajar tentang bahayanya mental ilnness atau psychosomatic disorder.
Bawa berbincang dengan pengetua atau guru besar berkaitan impak mental illness dan psychosomatic disorder.
Sebagai warden di asrama pula sila ambil peduli tentang hal-hal berkaitan emosi, mental dan minda para pelajar. Bekerjasama dengan GBK dalam menangani masalah ini. Pastinya anak-anak asrama juga kena saling bantu membantu mengenal pasti jika ada antara mereka mengalami kemurungan.
Warden kena alert dengan situasi semasa nak pula situasi selepas PKP. Pantau tindak tanduk dan kelakuan para anak asrama.
Sebagai masyarakat pula stop dengan stigma, “Ehhhhhh pergi jumpa kaunselor awak ada masalah ea. Awak tadi pergi jumpa therapist awak ada masalah mental ke. Haaaaa tadi psikiatri cakap awak gila ke.”
Abang kakak semua jangan bebankan lagi minda orang yang berjumpa dengan kaunselor, therapist, pegawai psikologi dan psikiatri dengan stigma negative anda itu.
Sebaliknya berilah semangat kepada orang tersebut supaya dia tidak memikirkan bahawa masyarakat juga memandang serong terhadapnya. Kerana kemungkinan besar stigma kita adalah penyumbang kepada tindakannya di masa hadapan.
INGAT!! Tidak hensem dan tidak cantik tak apa, janji jangan diagnos diri sendiri berkaitan mental illness dan psychosomatic disorder.
Paling penting juga, janganlah mempercayai bahawa wujudnya supplement yang boleh merawat mental illness dan psychosomatic disorder ini. Pastinya kena therapy barulah akan sembuh. Okay!!