Semenjak akhir-akhir ini ramai dikalangan kita yang “start care about” diri sendiri berkaitan masalah peribadi, masalah kesihatan mental & masalah rumahtangga. Ramai mula sedar akan mencari “seseorang” kaunselor or therapist untuk membuat sesi.
Yes! Satu perkembangan yang “AMAZING” bak kata orang kampung saya. Namun, kesempatan ini ada dikalangan sesetengah individu yang mengaku diri mereka adalah seorang kaunselor atau pun therapist. Bagi hal rumahtangga pula ada mengaku sebagai pegawai rundingcara.
Hal ini juga dibangkitkan dalam meeting saya bersama ahli-ahli International Association Counselor & Therapist beberapa hari lepas. Mereka bertanyakan saya soal ini banyak terjadi di Malaysia terutamanya.
Di Malaysia ada Lembaga Kaunselor menyelia Kaunselor di Malaysia & KKM yang menyelia Therapist dibawah Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional & Kontemporari. Kalau anda berasa malu atau lebih selesa berkongsi dengan rakan pastikan rakan anda itu tidak memburukkan lagi keadaan anda.
Ramai sekarang yang mengelar diri mereka pakar dalam membantu mencelik akalkan masalah yang anda hadapi terutama yang mengalami mental illness. Bukan sebarangan anda boleh buat therapy dengan sesiapa, boleh jadi semakin teruk dan membimbangkan.
Ada pula yang mengelar diri mereka coach dan sebagainya. Iya, itu pilihan anda tetapi kalau cas sampai beratus tetapi tidak memberi apa-apa kesan terhadap masalah anda “much better” cari yang betul-betul pakar.
Perkara seperti mental illness ini bukan satu mainan atau boleh diambil kesempatan dalam kesempitan seseorang yg alaminya. Banyak sangat bidan terjun dalam bidang therapy ini untuk mengaut keuntungan semata-mata. Tetapi hasilnya tiada sebarang “cure” pun.
Ada pula yang membuat coaching hal rumahtangga tapi rumahtangga orang itu semakin teruk dibuatnya bahkan bukan memulihkan tetapi mengorat pula suami atau isteri orang tersebut.
INGAT!! Pilihan ditangan anda. Kalau anda rasa “Ehhhhh aku dengan coach aku sekarang ok je, tak ada pape worst pun” baiklah, teruskan saya tidak minta untuk “stop” pun. Saya hanya menyarankan carilah pakar yang sebenarnya. Bukannya pakar melalui pembacaan kisah orang lain atau lebih sedih lagi pakar rujuk GOOGLE.
Haaaa saya ingin kongsi sedikit lah dalam meeting antarabangsa. Baru-baru ini saya merupakan Ahli Kehormat Negara Asean untuk International Association Counselor & Therapist. Jadi saya akan memantau juga lah perkembangan di Malaysia & negera Asean berkaitan keberkesanan rakyat dalam mencari kaunselor & therapist untuk mencelik akalkan masalah & merawat mental illness.
Akhir kata carilah pakar sebenarnya bukan yang mempakarkan diri sendiri. Kita mencari jalan penyelesaian bukannya mencari jalan penyesalan.