Home/Tibbun Nabawi/Adakah seorang lelaki merawat wanita dan sebaliknya

Adakah seorang lelaki merawat wanita dan sebaliknya

– باب هَلْ يُدَاوِى الرَّجُلُ الْمَرْأَةَ، الْمَرْأَةُ الرَّجُلَ؟

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ عَنْ خَالِدِ بْنِ ذَكْوَانَ عَنْ رُبَيِّعَ بِنْتِ مُعَوِّذٍ ابْنِ عَفْرَاءَ، قَالَتْ: كُنَّا نَغْزُو مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- نَسْقِى الْقَوْمَ وَنَخْدُمُهُمْ وَنَرُدُّ الْقَتْلَى وَالْجَرْحَى إِلَى الْمَدِينَةِ.

Sayyidatina Rubayyi’ bin Mu’awwiz ibn ‘Afra radhiyallahu ta’ala ‘anha berkata,

“Kami (kaum wanita) menyertai peperangan bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, memberi minuman kepada para sahabat, berkhidmat kepada mereka, mengembalikan mereka yang terbunuh dan tercedera ke Madinah.”

(Bukhari: 5679)

Keterangan:

Dalam riwayat dalam Kitab Jihad ada menyebutkan lafaz “merawat orang yang tercedera” iaitu tanpa menyentuh mereka (lelaki) ataupun merawat mereka daripada kalangan saudara dan mahram.

Adapun merawat lelaki ajnabi, maka ianya diharuskan ketika dharurat (keperluan dan tiada pilihan lain), berkadaran kepada keperluan tersebut untuk menyentuh atau melihat. Jika tiada keperluan adalah haram bagi wanita menyentuh lelaki ajnabi yang bukan mahram.

By |2021-10-21T07:01:05+00:00October 21st, 2021|Tibbun Nabawi|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top