ZAMAN NABI SALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM
- Setiap kali Baginda sallallahu ‘alaihi wa sallam menerima wahyu maka penulisannya akan diusahakan sebahagian Sahabat radiyallahu’anhum, mereka yang terlibat akan menulisnya pada batu, tulang, pelepah tamar, kulit binatang dan tulang belulang.
- Al-Quran masih belum dikumpul di dalam satu mashaf kerana wahyu masih berterusan turun secara beransur-ansur dan kerana terdapat juga ayat-ayat Al-Quran yang termansukh apabila ada ayat baru turun memansuhkannya.
- Di zaman Nabi sallallahu’alaihi wa sallam keadaan masih aman damai, tidak ada fitnah memfitnah dan Para Huffaz juga ramai oleh itu ia menjadi sebab tiada dorongan untuk mengumpulkan Al-Quran di dalam satu mushaf.
ZAMAN SAYYIDINA ABU BAKAR RADIYALLAHU ‘ANHU
- Setelah diteliti cadangan Sayyidina ‘Umar radiyallahu ‘anhu untuk mengumpulkan Al-Quran di dalam satu mushaf yang pada awalnya diragui Sayyidina Abu Bakar kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi, maka beliau telah memilih Sayyidina Zaid bin Thabit untuk melaksanakan tugas tersebut kerana ciri-ciri istimewa yang ada pada Sayyidina Zaid seperti:
-
- Hafiz Al-Quran.
- Penulis Wahyu di zaman Nabi sallallahu’alaihi wa sallam.
- Menyaksikan pembentangan akhir Al-Quran, iaitu Jibrail ‘alaihissalam menyemak pembacaan Nabi buat kali terakhir.
- Seorang yang wara’, bijak dan amanah.
- Dalam pengumpulan tersebut Sayyidina Zaid tidak berpada dengan hafalan beliau sendiri begitu juga apa yang beliau dengar sendiri bahkan beliau menggunakan segala tenaga yang ada untuk memeriksa dan menyelidiki ayat-ayat Al-Quran dari dua sumber:
-
- Hafalan Para Sahabat
- Tulisan ayat-ayat Al-Quran yang ditulis dihadapan Nabi sallallahu’alaihi wa sallam
- Malah beliau tidak akan menerima sesuatu yang ditulis sehinggalah ia disahkan oleh dua orang saksi yang adil bahawa ayat tersebut ditulis di hadapan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Kelebihan mushaf Sayyidina Abu Bakar
- Ia dikumpulkan hasil penyelidikan yang sangat teliti dan sempurna.
- Tidak ditulis ayat-ayat yang telah dimansuhkan.
- Hanya ditulis ayat-ayat yang diterima secara mutawatir.
- Mushaf ini melengkapi qira’at tujuh yang telah dinukilkan dengan tetap dan sahih.
ZAMAN SAYYIDINA ‘USMAN RADIYALLAHU ‘ANHU
- Berpegang teguh kepada mushaf Sayyidina Abu Bakar yang tersimpan pada Sayyidatina Hafsah radiyallahu ‘anha.
- Mengeluarkan perintah agar kaum Muslimin yang mempunyai catatan Al-Quran, hafalan atau apa sahaja yang memudahkan proses pencatatan Al-Quran segera menyerahkannya kepada jawatankuasa penulisan untuk diproses dan diteliti.
- Dialek Quraisy akan digunapakai sekiranya ada perbezaan dialek.
- Tidak ditulis ayat-ayat yang telah dihapus bacaannya, qira’ah yang datang dari riwayat Ahad atau Zanni, tafsiran yang tertulis di beberapa catatan Al-Quran milik para Sahabat dan sebagainya.
- Mushaf ini mencakupi semua bentuk qira’ah Al-Quran dengan cara dituliskan satu huruf (dengan satu bentuk) yang boleh dibaca dengan beberapa qira’ah mutawatir.
- Pengumpulan dan penyusunan di zaman beliau merupakan projek negara kerana beliau merupakan Khalifah.
Oleh: Ustaz Syahin Amal Bin Shukor
Pengajian Takhassus Tafsir Al-Quran