Soalan :
1. Saya ada mendapat sebuah kereta dengan sebuah van, jadi saya nak jual, saya nak beli jadikan satu, bolehkah barang wakaf tersebut saya jual dan saya nak beli jadikan satu maknanya satu itu kenderaan yang lebih baik dan lebih besar, dan ada sedikit penambahan wang ringgit di situ?
2. Barang yang telah diwaqafkan kepada madrasah lokasi di kawasan A, tapi saya guna di lokasi madarasah B, pengurusan yang sama cuma guna di tempat yang lain.Adakah itu boleh dan dibenarkan dari segi hukumnya?
Jawaban :
1. Tidak boleh jual harta wakaf.
2. Bergantung kepada sighah wakaf untuk madrasah yang digunakan, jika tidak ditentukan penggunaannya untuk madrasah tertentu, penggunaannya umum untuk mana-mana madrasah maka boleh.
Jawapan daripada al-Fadil Ustaz Ahmad Lutfi Muharam