Sebelum ini saya ada kongsi artikel bertajuk Bom Detik dan ianya akan ada kaitan dengan artikel ini.
Hari ini saya nak “wash brain” anda tentang GROUP-GROUP di WhatsApp, Facebook, Telegram atau yang sama waktu dengannya.
“Ehhhh kenapa nak cakap soal ini bro?? Bukankah hak kami nak join??” Haaaa saya tidak mengatakan ianya salah, saya cuma ingin berkongsi mengenai soal ini kerana ianya ada kebaikan dan keburukkan tersendiri.
Sebagai contoh anda mengalami psychosomatic disorder atau mental illness, selepas itu anda join group berkaitan dengan “psychology”. Group itu pula group terbuka dan pelbagai manusia ada dalam itu. Adminnya pula bukan pakar dalam bidang tersebut tetapi buat-buat tahu atau buat-buat pakar dalam bidang tersebut.
Anda pula jenis peramah, “hi salam kenal saya Megat. Saya ada anxiety.” Selepas itu yang ada di dalam group itu entah siapa-siapa mula reply “hi bro saya boleh bantu bro” atau “hi saya ada kenalan boleh bantu”. Guys, ini semua adalah “nonsense”.
Contoh lain pula, “saya ada masalah rumahtangga, suami saya macam itu macam ini”. Anda pun cerita untuk meluahkan bebanan yang ada. Dalam itu pula berpuluh ribu orang yang entah dari mana latar belakang mereka yang kita tidak kenal. Dan mulalah akan ada “PM tepi”. Then mengaku pakar menyelesaikan masalah rumahtangga.
Untuk perkara lain juga pun sama, tolong pastikan cari PAKAR yang boleh bantu anda menyelesaikan masalah anda. Bagi yang ada mental illness atau psychosomatic disorder pula cari PAKAR yang boleh merawati masalah anda tu. Antaranya ialah Kaunselor, Pegawai Psikologi, Therapist dan Psikiatri. Masalah rumahtangga pula ada Pegawai Rundingcara di pejabat agama setiap daerah.
Jangan mendedahkan diri anda ke arah yang lebih teruk lagi. Paling teruk adalah diagnos masalah menggunakan Google untuk bahan rujukan yang kurang pasti kesahihannya. Consultant sekali pun pastikan anda cari orang yang boleh consult ke arah membantu mencelik akal anda dalam mencari jalan penyelesaian atau merawati anda. Bukannya consultant yang hanya mencari famous semata-mata, akhirnya masalah anda semakin teruk.
Jika ada seseorang dalam group tersebut memang PAKAR adalah lebih baik hanya terus rujuk dengan dia bukannya bercerita di dalam group. Tidak semua orang faham masalah kita sebab setiap masalah kita TIDAK SAMA!! Paling bahaya adalah anda ada mental illness atau psychosomatic disorder, setelah itu orang yang anda jumpa tidak PAKAR, berkemungkinan besar dia akan membuat “sakit” yang anda alami itu lebih bertambah teruk bukannya membantu merawati.
Nak “berGroup” tidak salah, tetapi berhati-hatilah kerana dalam setiap group pastinya ada pihak yang “berbisnes”, bahkan dia tidak membantu anda dengan serius. Letak harga sekian-sekian tetapi akhirnya ulang benda yang sama dan membuatkan anda lagi “STUCK” dengan masalah anda itu. Paling bahaya lagi bila ianya menambah masalah.
Kalau tidak tahu ingin rujuk kepada siapa, “meh kita sembang-sembang, saya boleh bagi pihak sepatutnya anda buat rujukan untuk masalah anda.
“Ehhhhh bro awak menulis tentang ni sebab nak promote diri ea??” Haaaa jawapannya adalah TIDAK!! Saya niat hanya ingin membantu anda bukannya membuatkan anda lagi teruk atau bertambah masalah. Selamat membaca dan memahami semua perkongsian saya. Silalah share untuk pengkongsian bersama.