Salah seorang pengikut Hadrat Haji Ahmad Nakhoodah rahimahullah menyatakan di dalam satu penulisan seperti berikut:
Di bawah ini adalah beberapa nasihat Hadrat Haji Ahmad Nakhoodah rahimahullah yang saya bernasib baik untuk mencatatkannya dengan niat untuk menyampaikannya kepada seramai mungkin orang. Semoga Allah Ta’ala memberi seseorang dan semua untuk mengamalkan nasihat-nasihat ini dan menjadikannya sebagai sarana pahala kebaikan untuk Hadrat Haji Ahmad Nakhoodah rahimahullah dan hamba yang hina ini. Amin.
NASIHAT 1:
Pada suatu ketika saya bertanya kepada Hadrat Syaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) rahimahullah bagaimana seseorang dapat diselamatkan dari fitnah masa kini? Beliau menasihati:
- Banyakkan membaca Istighfar
- Banyakkan membaca Selawat
- Ikut Sunnah
Ini sudah memadai untuk menyelamatkan seseorang daripada malapetaka rohani dan dunia.
NASIHAT 2:
Hadrat Shaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) rahimahullah sangat menekankan pembacaan kitab Fadilat Amal (Fadha`il ul-A’mal) di rumah (sesebuah keluarga). Terutamanya Fadilat Sedekah (Fadha`il us-Sadaqat) yang menurut Hadrat Shaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) adalah sangat penting kerana banyak musibah (fitnah-fitnah) akan dikeluarkan dari rumah kerana pembacaan Fadilat Sedekah.
Hadrat Maulana Mia dari Afrika Selatan telah bertanya kepada Hadrat Shaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) mengenai perihal program televisyen yang buruk, video-video yang memalukan dan lain-lain serta pengaruh buruknya terhadap rumah orang Islam, maka bagaimanakah pengaruh ini hendak dihapuskan?
Hadrat Shaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) menjawab bahawa rumah di mana bacaan Fadilat Sedekah berlangsung secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam bulan, semua kejahatan ini akan hilang, Insya-Allah.
Bersama-sama dengan amalan ini, sekiranya pembelajaran satu masalah (ketetapan) Syariah dan mempelajari satu amalan Sunnah boleh ditambah, maka akan menjadi mungkin dan mudah bagi seluruh Ummah; lelaki, perempuan dan kanak-kanak untuk menjadi orang yang berilmu di dalam Islam.
Pada suatu ketika, Hadrat Shaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) rahimahullah menetapkan bacaan Fadilat Sedekah dan al-I’tidaal untuk saya.
Pada suatu ketika dia meminta Fadilat Selawat dan menyuruh saya membaca semua riwayat yang berkaitan dengan Selawat.
NASIHAT 3:
Galakkan orang ramai untuk mendapat manfaat daripada duduk bersama dengan seseorang Shaikh (pakar rohani). Manusia harus didorong ke arah Zikrullah. Dengan cara ini, Rohaniah akan menjadi hidup dalam diri manusia.
NASIHAT 4:
Kemudian hari nanti apabila tidak mudah untuk menemui Shaikh-Kaamil (pembimbing rohani yang sempurna), berpegang teguh pada Sunnah (ini adalah syarat wajib). Seiring dengan zikir, terutamanya banyak Selawat dan mengikuti Sunnah, seseorang akan memperoleh kedudukan Ihsan (darjat rohani yang tinggi).
Walau bagaimanapun, dia tidak akan dapat membimbing orang lain dalam kapasiti seorang Syaikh. Seiring dengan ini, zikir mengingati kematian juga sangat penting.
NASIHAT 5:
Jadilah teratur dan menepati masa pada Muraqabah-Dua’iyyah – Doa renungan yang mendalam. Ini akan memberi manfaat kepada anda dan juga Ummah.
Kaedah Muraqabah-Dua’iyyah ialah berdoa tanpa mengangkat tangan; Berdoa dalam hati tanpa menggerakkan lidah.
Jika anda mahu, anda boleh menutup mata anda untuk tumpuan lebih lanjut. Ini dilakukan sekurang-kurangnya 10 hingga 20 minit setiap hari dan lebih jika mahu. Malah masa untuknya tidak ditetapkan dan ia boleh dilakukan pada bila-bila masa siang atau malam.
Tunjukkan amalan ini kepada semua, bahkan tidak perlu mendapatkan baiah untuk berlatih tentang ini.
Pada suatu ketika, Hadrat Shaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) berkata kepada saya bahawa untuk diselamatkan daripada dosa pada hari ini, Muraqabah-Dua’iyyah sangat berkesan.
NASIHAT 6:
Mengenai kerja Jamaah Tabligh pernah Hadrat Shaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) berkata, “Allah Ta’ala telah mencipta kerja ini sebagai satu bentuk penawar dari penyakit rohani dan nikmat Allah yang istimewa ada di dalam pekerjaan ini. Mereka yang menentang kerja mulia ini hanya akan memudaratkan diri mereka sendiri.”
NASIHAT 7:
Hadrat Shaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) rahimahullah memberikan satu nasihat khusus, ” Jauhi perdebatan dengan orang lain.”
Nasihat lain ialah membiasakan diri untuk mengingati kematian dengan banyak.
NASIHAT 8:
Hadrat Shaikh (Maulana Muhammad Zakariyya) rahimahullah menetapkan amalan membaca Ayat Kursi dan 3 Qul selepas setiap solat fardu kerana ini adalah cara untuk berlindung daripada segala musibah.