Meskipun berada di perantauan dan di dalam suasana pandemik global, para pelajar Madrasah In’aamiyyah, South Africa yang berasal dari Malaysia tidak melepaskan peluang ini untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan meriah. Pelbagai juadah masakan Melayu disediakan oleh para pelajar itu sendiri.
Institusi ini ditubuhkan atas arahan Haji Ahmad Moosa Desai (Rahimahullah) dari Richmond, Afrika Selatan. Atas arahannya kepada anaknya, Maulana Mahmood Madni Desai (Rahimahullah), institusi ini bermula pada 18 Januari 1994 dengan seorang guru dan seorang pelajar. Dengan bantuan Haji Mohammed Essack dari Camperdown dan keluarganya, institusi ini bermula di premisnya dengan satu bilik tidur, satu bilik darjah dan ruang makan.
Pada tahun akademik pertama, jumlah pelajar meningkat dan kemudahannya tidak mencukupi. Peningkatan pelajar yang berterusan kemudian menimbulkan keperluan untuk premis dan kemudahan yang lebih besar. Dengan rahmat Allah Ta’ala, mereka memilih tempat baru iaitu sebuah rumah dengan kira-kira sembilan bilik tidur di tanah seluas enam ekar di Camperdown. Institusi ini membeli hartanah tersebut dan kini terletak di premis ini.
Nama institusi ini adalah Madrasah In’aamiyyah dan dinamakan sempena mengambil keberkatan Maulana In’aamul Hassan Kandhlawi (Rahimahullah). Asas institusi ini diletakkan dengan tangan Shaykhul Hadis Mawlana Muhammad Zakariyya Kandhlawi (Rahimahullah) yang mulia.
Maklumat lanjut sila layari http://www.alinaam.co.za/