Penghargaan

Pertama sekali kami mengucapkan jazakumullah khairan katsira kepada semua ejen-ejen Affiliate Darul Ulum Malaysia kerana sudi bersama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan.

Untuk pengetahuan semua, salah satu tujuan utama Darul Ulum Malaysia ditubuhkan adalah untuk membantu madrasah-madrasah yang memerlukan dari segi kewangan. Selain daripada menjadi wakil yang menyalurkan bantuan orang ramai kepada madrasah-madrasah, Darul Ulum Malaysia juga menjalankan beberapa aktiviti tijarah dan keuntungan daripada aktiviti tersebut akan disalurkan bagi tujuan membantu madrasah-madrasah yang memerlukan.

Dengan ini bolehlah dikatakan bahawa penyertaan anda semua sebagai ejen Affiliate Darul Ulum Malaysia sebenarnya turut membantu di dalam hal menyediakan bantuan kewangan kepada madrasah-madrasah yang memerlukan. Anda juga akan turut mendapat saham akhirat atas bantuan anda walaupun secara tidak langsung.

Panduan Affiliate

InsyaAllah di dalam page ini kami akan cuba sedaya mungkin untuk menyediakan beberapa panduan teknikal tentang sistem Affiliate yang disediakan.

Register Sebagai Affiliate

Pergi ke link ini dan isikan butiran yang diperlukan. https://rabih.onpay.my/affiliate/register

Dapatkan Link Affiliate Peribadi Anda

Pergi ke link ini dan isikan Username dan Password anda. https://rabih.onpay.my/affiliate

Ini ialah paparan hadapan panel Affiliate anda. Klik pada menu “Link Affiliate” untuk dapatkan link affiliate peribadi anda.

Melalui paparan halaman “Link Affiliate” ini anda akan dapati ada 2 link affiliate peribadi yang anda boleh gunakan. Anda boleh pilih salah satu daripadanya. Kedua-duanya boleh digunakan.

Copy link affiliate tersebut dan anda boleh terus share kan link tersebut untuk mendapatkan komisen apabila ada jualan.