وَبُسَّتِ الْجِبَالُ بَسًّا

(5) Dan gunung-ganang dihancur-leburkan dengan selebur-leburnya.

Pendapat Sayyidina Ibnu ‘Abbas r.anhuma, gunung pasti akan dihancur-leburkan.

Hadrat Mujahid rahimahullah (menjelaskan lagi pendapat Sayyidina Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia akan menjadi seperti basisah iaitu tepung gandum atau sya’ir, atau apa-apa jenis tepung yg digauli dengan minyak sapi atau zaitun kemudian dimakan tanpa dimasak dan kadangkala dijadikan bekalan perjalanan.

Maknanya bahawa gunung-ganang akan bercampur-aduk lalu menjadi seperti tepung yang digauli dengan air, iaitu gunung-ganang akan menjadi debu tanah yang bercampur.

Kata Hadrat Hasan Basri rahimahullah, gunung-ganang akan dicabut daripada tempatnya dan hilang.

Sila lihat Tafsir Qurtubi

﴿وَبُسَّتِ الْجِبالُ بَسًّا﴾ أَيْ فُتِّتَتْ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ. مُجَاهِدٌ: كَمَا يُبَسُّ الدَّقِيقُ أَيْ يُلَتُّ. وَالْبَسِيسَةُ السَّوِيقُ أَوِ الدَّقِيقُ يُلَتُّ بِالسَّمْنِ أَوْ بِالزَّيْتِ ثُمَّ يُؤْكَلُ وَلَا يُطْبَخُ وَقَدْ يُتَّخَذُ زَادًا. وَالْمَعْنَى أَنَّهَا خُلِطَتْ فَصَارَتْ كَالدَّقِيقِ الْمَلْتُوتِ بِشَيْءٍ مِنَ الْمَاءِ أَيْ تَصِيرُ الْجِبَالُ تُرَابًا فَيَخْتَلِطُ الْبَعْضُ بِالْبَعْضِ. وَقَالَ الْحَسَنُ: وبست قُلِعَتْ مِنْ أَصْلِهَا فَذَهَبَتْ،