Home/Tibbun Nabawi/Allah Tidak Menurunkan Penyakit Melainkan Dia Menurunkan Bagi Penyakit itu Ubat

Allah Tidak Menurunkan Penyakit Melainkan Dia Menurunkan Bagi Penyakit itu Ubat

باب مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

Bab: Allah Tidak Menurunkan Penyakit Melainkan Dia Menurunkan Bagi Penyakit itu Ubat

Perkataan Syifa di sini bermakna ubat.

5678 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِىُّ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ أَبِى حُسَيْنٍ حَدَّثَنِى عَطَاءُ بْنُ أَبِى رَبَاحٍ عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – عَنِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَالَ: «مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلاَّ أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً».

Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Allah Tidak Menurunkan Penyakit Melainkan Dia Menurunkan Bagi Penyakit itu Ubat.”

(Bukhari: 5678)

Keterangan:

Maksud hadis “Melainkan Dia Menurunkan Bagi Penyakit itu Ubat” menurut Imam al-Kirmani dalam al-Kawakib ad-Darari,

  1. Tidaklah Allah menimpakan penyakit kepada seseorang melainkan Dia mentaqdirkan (menetapkan) baginya ubat.
  2. Kemungkinan maksud yang lain ialah dia menurunkan malaikat yang ditugaskan menguruskan hal ehwal makhluk berkaitan dengan ubat dan penyakit.

Berdasarkan pendapat kedua, ilmu berkenaan ubat penyakit itu diberitahu melalui pengutusan malaikat kepada seseorang nabi, melalui ilham atau jalan lain.

By |2021-10-20T03:11:00+00:00October 20th, 2021|Tibbun Nabawi|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top