Home/Ustaz Ahmad Lutfi Bin Muharam

About Ustaz Ahmad Lutfi Bin Muharam

Beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling (MUSP) dan merupakan pakar fiqh Mazhab Syafi'e. Beliau juga menjadi penyampai di dalam slot Tahsinul Ibadah di Radio IKIM.

Fekah Durian

Durian adalah buah yang ejaannya tidak seperti sebutan (duriyan). Begitu juga rupanya, tidak menggambarkan rasanya. Makruh buang air besar atau kecil di bawah pokok durian kecuali sekiranya disusuli dengan dibersihkan najis dan dijirus dengan air atau buang air kecil di bawahnya berlaku ketika hujan turun. Harus menggunakan tahi sebagai baja [...]

By |2020-06-18T09:54:30+00:00June 18th, 2020|Fiqh|0 Comments

Covid-19 Solat Jumaat di Rumah

Terdapat cadangan solat Jumaat di Rumah dengan bertaklid dengan mazhab yang tidak mensyaratkan bilangan 40 orang seperti mazhab Hanafi. Perlu difahami walaupun sebahagian mazhab tidak mensyaratkan bilangan 40 orang disana ada syarat lain dalam mazhab tersebut yang tidak dapat dipenuhi dalam situasi sekarang. Misalnya dalam mazhab Hanafi walapun tiada syarat [...]

By |2020-03-20T11:09:43+00:00March 20th, 2020|Ibadat, Isu Semasa|0 Comments

Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 4)

15. Manakala aliran wahdat as-syuhud ( antara pemukanya Sheikh Mujaddid alfu thani Rahimahullah) berpandangan bahawasanya sebelum penciptaan alam .tiada langsung disana yang wujud melainkan Allah. Semua mumkinat dahulunya tiada. Nama-nama Allah dan sifat-sifatnya wujud dengan wujud qadim. Segala nama-namaNya dan sifat-sifatNya adalah sifat kamal bagi Allah dan yang sebaliknya adalah [...]

By |2020-03-07T11:13:07+00:00February 17th, 2020|Aqidah|0 Comments

Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 3)

13. Keadaan ketiga: Apabila kaca diletakkan dibawah matahari maka terlihat rupa bulatan matahari pada kaca seolah-olah matahari berada dan bertempat di atas kaca,tetapi sebenarnya rupa matahari yang terlihat dikaca tiada wujud yang hakiki padanya kerana ia secara jelas bukan zat matahari dan tidak juga lembaganya dan copynya bahkan ia adalah [...]

By |2020-03-07T11:12:55+00:00February 16th, 2020|Aqidah|0 Comments

Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 2)

10- Tafsiran bagi perbezaan antara empat aliran wujud diatas dapat dijelaskan dengan misal dan perbandingan 11- Misalnya dengan mengambil contoh kaca yang diletakkan di bawah terik matahari. Terhasil dengan sebab matahari empat keadaan Keadaan Pertama: ia menjadi panas dengan sebab kepanasan matahari. Kewujudan panas pada kaca pada ketika ini adalah [...]

By |2020-03-07T11:12:43+00:00February 15th, 2020|Aqidah|0 Comments

Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 1)

Intisari perbahasan oleh Maulana Asyraf Ali Tahnwi dalam kitab Bawadir Nawadir diringkaskan oleh Mufti Taqi Uthmani. 1- Idealogi ww dan ws bukan termasuk perkara yang wajib diketahui dalam agama ataupun beriktikad benar dan salahnya. Bahkan yang terbaik tidak melibatkan diri dalam membahaskannya kerana ia adalah masaalah yang kritikal dan merbahaya [...]

By |2020-03-07T10:58:45+00:00February 14th, 2020|Aqidah|0 Comments

Gejala Kejumudan Hadis

Gejala kejumudan dengan kaedah-kaedah mustolah hadis lalu menghukum mengikut “buku” adalah sesuatu penyakit akademik yang melanda para pelajar mustolah yang ilmunya adalah hanya “hafalan kaku” dan “pembacaan sendiri”. Dengan hanya berpandukan kitab rijal yang ringan dibawa atau capaian internet di hujung jari dengan membuat rondaan di laman sesawang atau Maktabah [...]

By |2020-03-25T17:40:37+00:00December 1st, 2016|Hadis|0 Comments
Go to Top