Home/Aqidah/Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 2)

Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 2)

10- Tafsiran bagi perbezaan antara empat aliran wujud diatas dapat dijelaskan dengan misal dan perbandingan

11- Misalnya dengan mengambil contoh kaca yang diletakkan di bawah terik matahari. Terhasil dengan sebab matahari empat keadaan

Keadaan Pertama: ia menjadi panas dengan sebab kepanasan matahari. Kewujudan panas pada kaca pada ketika ini adalah kewujudan hakiki yang berlainan dengan kewujudan matahari berdalilkan bahawa jika kaca tidak berada lagi di bawah terik matahari kepanasan itu masih berbaki dan kekal untuk satu tempoh masa. Ini menunjukkan kewujudan panas adalah benda lain dari kewujudan matahari namun ia memerlukan kepada matahari untuk wujud.

Ini adalah contoh dan misal bagi wujud hakiki muktasab وجود حقيقي مكتسب

Jumhur ulama berpandangan kewujudan semua makhluk kaifiatnya adalah wujud hakiki dan muktasab bermakna Allah menciptakan sifat wujud pada mereka dan sifat wujud itu adalah hakiki dan benda lain dari wujud Allah. Wujud dan maujud kedua-duanya adalah dibawah kategori kulli musyakkik (istilah Mantik)

Maka wujud hakiki ada dua bahagian

  • Pertama : Wujud qadim mustaqil bizatihi (kewujudan azali yang tersendiri). Kewujudan begini hanya pada zat Allah sahaja
  • Kedua : Wujud muktasab hadith ( kewujudan bersumber dan baharu). Ia adalah sifat semua makhluk

Begitu juga maujud ada dua bahagian

  • Pertama ; Maujud qadim mustaqil (موجود قديم مستقل). Tiada yang bersifat begini melainkan Allah
  • Kedua : Maujud hadith makhluk (موجود حادث مخلوق) . Semua makhluk dari bahagian ini

12. Keadaan Kedua : Kaca akan bercahaya dan bersinar bila dibawah cahaya matahari. Namun ia bukanlah cahaya yang berbeza dengan cahaya matahari bahkan cahaya dikaca itu adalah a’in cahaya matahari. Cuma cahaya kaca dibezakan dengan cahaya matahari dari sudut nisbah khasnya dengan kaca iaitu dari iktibar kaca bercahaya dengannya.

Bukti bahawa cahaya kaca adalah a’in dan benda yang sama dengan cahaya matahari ialah apabila dialihkan kaca dari sinar matahari maka cahaya itu akan hilang. Ini adalah misal bagi wujud idhofi . Kewujudan cahaya kaca bukanlah kewujudan hakiki ia cumalah cahaya matahari yang kaca mendapat nisbah hubungan dengannya. Hakikat cahaya kaca adalah zat cahaya matahari cuma ia disebut cahaya kaca dengan melihat dari sudut keberadaan semasanya iaitu dikaca

Maka telah berpandangan sebahagian ahli falsafah Islam bahawasanya bersifatnya semua makhluk dengan sifat wujud sama seperti bersifatnya kaca dengan bercahaya. Bahawasanya Allah apabila beriradah mencipta makhluk dia mengurniakan kepada makhluk nisbah dan hubungan khas (yang tidak dijangkau kunh hakikatnya غير معلومة الكنه) dengan sifat wujud yang berdiri pada zatnya. Semua makhluk mempunyai sifat wujud dengan sebab nisbah yang Allah berikan kepada mereka.

Maka disisi mereka sifat wujud adalah juziyy haqiqi (جرئي حقيقي) dan maujud pula kulliy musyakkik (كلي مشكك)

By |2020-03-07T11:12:43+00:00February 15th, 2020|Aqidah|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top