Home/Aqidah/Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 1)

Polemik Wahdatul Wujud dan Wahdatul Syuhud di sisi ulama Deoband (Siri 1)

Intisari perbahasan oleh Maulana Asyraf Ali Tahnwi dalam kitab Bawadir Nawadir diringkaskan oleh Mufti Taqi Uthmani.

1- Idealogi ww dan ws bukan termasuk perkara yang wajib diketahui dalam agama ataupun beriktikad benar dan salahnya. Bahkan yang terbaik tidak melibatkan diri dalam membahaskannya kerana ia adalah masaalah yang kritikal dan merbahaya yang kadangkala boleh menjerumuskan mereka yang membicarakannya ke lembah zindiq dan atiesma

2- Hakikat sebenarnya ialah ia adalah idealogi falsafah yang akal manusia tidak mampu menggapai hakikatnya dan kita tidak diperintahkan dalam agama terperinci dalam membicarakannya

3- Jalan yang selamat ialah mengikuti jalan salafussoleh dengan menyerahkan hakikat kebenarannya kepada Allah dan tidak menceburkan diri dalam perincian-perincian dan kerumitan falsafah yang nas-nas syarak tidak menyataka tentangnya secara jelas dan sarih

4- Ghuluw dalam masaalah ini berlaku dalam dua aspek. Pertama ghuluw dalam membicarakan masaalah itu sendiri dan berlebihan mempertahankannya kedua ghuluw dalam menghakimi penganut idealoginya samaada hukum secara positif atau negatif

5- Berikut adalah sejarah mazhab dan aliran dalam masaalah wujud

6- Menjadi suatu yang disepakati oleh semua orang Islam bahkan senua penganut agama samawi bahawasanya kewujudan yang tersediri,azali dan qadim hanya dimilki oleh Allah dan Allah secara tunggal telah mencipta dan mewujudkan semua makhluk. Semua makhluk dahulunya tiada dan ma’dum lalu dengan taa’lluq penciptaan Allah kepadanya maka keluarlah mereka dari zon tiada kepada ada. Namun telah terbentuk empat aliran dan idealogi dalam memahami dan beriktikad dalam hal sifat wujud yang bersifat dengannya oleh sekalian makhluk

7- Jumhur ulama syariat bersepakat dan sebulat suara bahawasanya kewujudan semua makhluk ialah kewujudan hakiki dan muktasab. Kewujudan muktasab bermaksud kewujudan yang terikat dengan iradah Allah dan perbuatan menciptanya

8. Manakala sebahagian alhi falsafah dikalangan ulama Islam berpendapat bahawasanya kewujudan semua makhluk ialah kewujudan idhofi. Aliran idealogi ww yang antara pemukanya Sheikh Ibnu Arabi berpandangan kewujudan makhluk ialah wujud khayaliy dan aliran wahdatul syuhud pula berpandangan kewujudan makhluk ialah wujud zilliy antara pemuka aliran ini Mujaddid AlfuThani

9- Ringkasan aliran tentang kaifiat wujud makhluk ada empat

  • Wujud hakiki muktasab وجود حقيقي مكتسب
  • Wujud Idhofi وجود اضافي
  • Wujud Khayali وجود خيالي
  • Wujud zilli وجود ظلي
By |2020-03-07T10:58:45+00:00February 14th, 2020|Aqidah|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top