Beberapa Kelebihan Zikir

Apakah keutamaan Zikir (mengingati Allah Taala)?

JAWAPAN

Sebahagian daripada banyak kebaikan mengingati Allah Ta’ala adalah seperti berikut:

1) Sayyiduna Abu Hurayrah (radiyallahu ‘anhu) meriwayatkan bahawa Rasulullah (sallallahu‘ alayhi wa sallam) bersabda:

Allah Taala berfirman:

Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik…

(Sahih Bukhari, Hadis: 7405 dan Sahih Muslim, Hadis: 2675)

2) Sayyiduna ‘Abdullah bin Busr (radiyallahu‘ anhu) meriwayatkan bahawa seorang lelaki pernah berkata:

“Ya Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam telah banyak yang aku pelajari, tetapi ajarilah aku sesuatu yang pasti akan aku pegang teguh ajaran itu”.

Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wa sallam) menjawab:

“Hendaklah lidahmu sentiasa basah dengan mengingati Allah.”

(Sunan Tirmidhi, Hadis: 3375 dan Sunan Ibn Majah, Hadis: 3794. Imam Tirmidhi (rahimahullah) telah menyatakan Hadis ini sebagai hasan)

3) Sayyiduna Mu’adh ibn Jabal (radiyallahu ‘anhu) berkata: Saya bertanya kepada Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) ‘Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah’?

Nabi (sallallahu ‘alayhi wa sallam) menjawab:‘Bahawasanya kamu meninggalkan dunia ini dalam keadaan membasahi lidah dengan mengingati Allah.’

(Sahih Ibn Hibban; Al Ihsan, Hadis: 818)

Dan Allah Taala lebih mengetahui

Dijawab oleh: Moulana Suhail Motala

By |2021-02-23T07:24:49+00:00February 23rd, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Kongsi di dalam media sosial anda

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top