Home/Akhlak, Hadis/Ganjaran Bagi Sesiapa Yang Berkhidmat Kepada Ibu Bapa

Ganjaran Bagi Sesiapa Yang Berkhidmat Kepada Ibu Bapa

Setelah Allah Ta’ala dan Rasul-Nya (sallallahu’alayhi wasallam), tidak ada orang yang  lebih berhak ke atas kita daripada kedua ibubapa kita.

Sayyiduna Anas (radiyallahu’anhu) meriwayatkan bahawa seorang lelaki mendatangi Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wa sallam) dan berkata: “Saya ingin mengambil bahagian (sertai) dalam Jihad, tetapi saya tidak mampu.”

Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bertanya  adakah kedua ibu bapamu masih hidup?
Dia menjawab, “Ya. Ibu saya masih hidup ”

Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wa sallam) bersabda:

“Tunjukkan kepada Allah bagaimana kamu berkhidmat kepadanya. Jika kamu buat demikian, kamu akan mendapat ganjaran seperti orang yang mengerjakan Haji, seorang Mu’tamir (yang melakukan ‘Umrah) dan seorang Mujahid (Seorang yang berusaha di jalan Allah).”

(Abu Ya’la, Hadis: 2760, dan Tabarani dengan sanad yang baik. – Targhib, jilid 3, ms 315 & Mukhtasar Ithaf, Hadis: 5721)

Hadis di atas membuktikan bahawa orang yang menjaga ibu bapanya, pasti akan mendapat pahala Haji, ‘Umrah dan berusaha di jalan Allah.

Dan Allah Taala lebih mengetahui,

Oleh: Moulana Muhammad Abasoomar

By |2021-10-12T05:18:15+00:00October 12th, 2021|Akhlak, Hadis|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top