Home/Tulis dan Menang Syawal 1441/Gegar Iman Yang Lena

Gegar Iman Yang Lena

Di suasana negara kita dan dunia yang dilingkungi musuh-musuh islam, matlamat terakhir mestilah untuk menegakkan Agama Allah. Antara masalah dalam masyarakat kita ada tiga iaitu jahil, taksub dan tiada adab. Maka kembalilah kepada ilmu. Membudaya ilmu dalam masyarakat dan jaga adab. Fahami ilmu secara mendalam hingga ke dasar, barulah bisa mencapai mutiaranya. Ilmu yang datar sekadar melahirkan pimpinan yang palsu. Taksub kepada yang palsu bisa mengundang rebah.

Dalam sistem pendidikan negara, wajar kita overhaul sistem untuk menjadikan islam sebagai kerangka dan asasnya. Jadikan solat itu sebagai satu agenda utama, bukan perkara sampingan.  Jadual sekolah harus diubahsuai supaya pelajar mesti solat. Jangan lagi terkejar-kejar van sekolah diawal pagi, hingga tak solat subuh. Balik sekolah sudah senja hingga solat asar dan maghrib entah kemana. Sedangkan solat ini tiang agama. Tanpa solat runtuh agama. Tanpa dipandu agama, manusia akan gagal. Kena betulkan asas ini dahulu. Islam ialah cara hidup yang lengkap, sempurna, dan menyeluruh yang di redhoi Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kita.

Antara trend terkini ialah ibubapa mula memasukkan anak-anak mereka untuk dididik di institusi tahfiz atau pondok. Orang-orang berada pun sudah berpusu-pusu menghantar anak-anak mereka, sebagai pilihan berbanding sekolah aliran perdana. Kenapa? Mungkin kerana sudah dilihat produk akhir sekolah-sekolah aliran perdana yang bukan menjadi orang yang bertaqwa. Di sebalik ada juga aspek negatif yang di highlite di sekolah-sekolah tahfiz atau istitusi pondok, tapi pada majoritinya, 24 jam di sana lebih bermakna kepada pendidikan anak. Tiada banyak aktiviti lagho di situ. Mereka dilatih tubi untuk solat malam, hafazan al-Quran, pengajian kitab, dan kemahiran hidup. Ramai yg lulus cemerlang SPM selepas itu walau dengan belajar ekspres setahun, dan berjaya melanjutkan pengajian keperingkat Universiti. Jadi jika mereka menjadi ahli profesional nanti, jiwa dibekal ilmu agama yang mantap. Yang penting generasi yang dekat dengan taqwa. Maka saya rasa sudah sampai masanya satu kajian menyeluruh dibuat ke arah ini, bagi memperbaiki segala kekurangan.

Jika nak bina bangunan, tapaknya mestilah kuat. Begitu juga sebatang pokok yang menjulang tinggi, mempunyai akar yang kukuh. Manusia juga begitu. Nabi SAW bina asas kekuatan iman dan akhlak terlebih dahulu sebelum syariat yang lain. Boleh ke sistem pendidikan kita diubah begitu? Asas yang kukuh di peringkat awal pendidikan merangkumi aspek iman, adab, akhlak, budi pekerti, kemahiran berfikir, dan yang sewaktu dengannya. Setelah itu barulah diajar ilmu-ilmu kemahiran hidup. Kukuhkan dahulu manusia sebagai insan yang mengerti bahawa dia dicipta untuk beribadah dan menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Islam itu agama yang benar dan suci. Nampakkan islam itu dipraktik dalam kehidupan. Kita tidak mahu islam diceramahkan semata atau diretorikkan. Sudah terlalu banyak kecelaruan, kemajmukan, kekucarkaciran yang berlaku termasuklah dimedia sosial. Maka usaha efisyen mestilah ada untuk menangani keadaan ini dengan menggunakan content kemurnian islam. Arusperdanakan islam yang sebenar. Kejayaan dan kebahagiaan itu hanya ada dengan Agama. Sebatikan diri dengan Agama. Insya-Allah manusia akan menggarap kecemerlangan yang sebenar bukan sekadar di dunia yang fana, tetapi melangkaui ke alam akhirat yang kekal abadi.

By |2020-06-16T10:01:26+00:00June 16th, 2020|Tulis dan Menang Syawal 1441|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top