Home/Hadis, Soal Jawab/Kelebihan Membaca Surah Al-Fatihah Dan Surah Al-Ikhlas Sebelum Tidur

Kelebihan Membaca Surah Al-Fatihah Dan Surah Al-Ikhlas Sebelum Tidur

Adakah terdapat hadis yang menyatakan kelebihan membaca Surah Fatihah sebelum tidur?

JAWAPAN

Saya telah menemui perkara berikut yang menyebutkan kelebihan membaca Surah Fatihah dan Surah Ikhlas sebelum tidur:

Sayyiduna Anas ibn Malik (radiyallahu ‘anhu) meriwayatkan bahawa Nabi (sallallahu‘ alayhi wa sallam) bersabda: “Ketika kamu berbaring di atas tempat tidurmu lalu membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Ikhlas, nescaya kamu akan dilindungi dari segala sesuatu kecuali mati.”

(Bazzar; Majma’uz Zawaid, jilid 10 ms 121)

(Lihat Targhib, jilid 1 ms 416 & Majma’uz Zawaid, jilid 10 ms 121)

Dan Allah Taala lebih mengetahui

Dijawab oleh: Moulana Suhail Motala

By |2021-05-27T03:05:57+00:00May 27th, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top