Kelebihan Menghafaz Al-Quran

Apakah kelebihan menghafal Al-Quran?

JAWAPAN

1) Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wa sallam)  telah bersabda:

“Seseorang yang membaca Al-Quran dan telah menghafalkannya, akan Bersama-sama orang yang mulia seperti (Malaikat / Nabi, di syurga)”

(Sahih Bukhari, Hadis: 4937)

2) Rasulullah (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda:

Akan dikatakan kepada pembaca al-Quran, ‘Bacalah al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya di dunia dan naiklah (darjat demi darjat di dalam syurga). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca.”

(Sunan Tirmidhi, Hadis: 2914, Sunan Abi Dawud, Hadis: 1464, Dinyatakan sahih –hasanun sahih– oleh Imam Tirmidhi)

3) Nabi (sallallahu ‘alayhi wa sallam) berkata:

“Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari yg berada di rumah kita. Menurut perkiraan anda, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?”.

(Sunan Abi Dawud, Hadis: 1453 dan Mustadrak Hakim, jilid 1 ms 567)

Dan Allah Taala lebih mengetahui

Dijawab oleh: Moulana Suhail Motala

By |2021-02-08T01:09:58+00:00February 8th, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Kongsi di dalam media sosial anda

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top