Kelebihan Pasangan Suami Isteri Melihat Satu Sama Lain Dengan Penuh Kasih Sayang

Adakah ini Hadis?

Ketika seorang suami memasuki rumahnya dan dia dan isterinya saling melontarkan pandangan dengan penuh kasih maka Allah SWT yang Maha Kuasa akan melemparkan pandangan rahmat terhadap kedua-keduanya.

JAWAPAN

Sayyiduna Abu Sa’id Al Khudri (radhiyallahu ‘anhu) meriwayatkan bahawa Nabi (sallallahu’ alayhi wa sallam) bersabda: “Ketika seorang lelaki memandang isterinya dan isterinya memandangnya, Allah Ta’ala akan melontarkan pandangan rahmat pada keduanya dan ketika suami memegang tangan isterinya maka dosa mereka jatuh dari antara jari-jari  mereka ”.

(Di Tadwin Fi Akhbari Qazwin dari ‘Allamah Rafi’i, jilid 2 ms 47)

Terdapat perawi dalam hadis di atas yang telah dinyatakan oleh banyak Muhaddithun sebagai pendusta dan pemalsu. Oleh itu, Hadis ini tidak sesuai untuk dipetik.

(Lihat Lisanul Mizan, jilid 2 ms 181)

Seorang sarjana Maghribi baru-baru ini, Shaykh Ahmad Siddiq Al Ghumari (rahimahullah) telah mengklasifikasikan riwayat tersebut sebagai TIDAK BERASAS dan PALSU (baatilun Mawdu ’)

(Al Mudawi, jilid 2 ms 388)

Dan Allah Taala lebih mengetahui

Dijawab oleh: Moulana Suhail Motala

By |2021-04-22T07:50:59+00:00April 22nd, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Penafian : Pihak Darul Ulum Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap artikel yang ditulis di dalam laman sesawang ini. Ia adalah hak milik penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Darul Ulum Malaysia.

Kongsi di dalam media sosial anda

Huzaifah Jamaluddin Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia
Sidang Redaksi Darul Ulum Malaysia terdiri daripada beberapa orang sukarelawan yang meguruskan perjalanan laman sesawang DUM.
Go to Top