Home/Hadis, Soal Jawab/Kelebihan Surah Al-Waqiah Yang Paling Masyhur

Kelebihan Surah Al-Waqiah Yang Paling Masyhur

Saya baru-baru ini mendengar riwayat mengenai Surah Waqi’ah sebagai perlindung daripada kefakiran ini adalah lemah?

Adakah semua riwayat mengenai kelebihan Surah Waqi’ah ini dianggap lemah?

Saya faham bahawa kita boleh mempraktikkan riwayat yang lemah untuk kebaikan sendiri, tetapi kalau boleh saya mahukan penjelasan mengenai kelebihan surah waqiah ini.

JazakAllahu khayran

JAWAPAN

Sayyiduna ‘Abdullah bin Mas’ud (radiyallahu’anhu) meriwayat bahawa Rasulullah (sallallahu’alayhi wasallam) bersabda:

‘Surah Waqi’ah akan menjadi perlindungan dari kefakiran dan kemiskinan bagi orang yang membacanya setiap malam’

Perawi mengatakan: ‘Sayyiduna Ibn Mas’ud (radiyallahu’anhu) juga akan mengajarkan Surah ini kepada anak-anak perempuannya.’

Imam Busiri (rahimahullah) menulis: ‘Abu Ya’la telah mengatakan hadis ini mempunyai sanad perawi yang boleh dipercayai.’

(Mukhtasar Ithafus sadatil Maharah, Hadis: 6556)

‘Allamah Zayla’i (rahimahullah) telah menyatakan riwayat Abu Ya’la adalah sahih (jayyid).

(Takhrijul Kash-shaf, jilid 3 ms.412. Lihat juga Lisanul MIzan, no: 8902)

Dan Allah Taala Maha Mengetahui,

Dijawab oleh: Moulana Muhammad Abasoomar

By |2021-04-15T03:30:25+00:00April 15th, 2021|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top