Home/Biografi/Kesungguhan Haji Imdadullah Beribadah Dalam Bulan Ramadan

Kesungguhan Haji Imdadullah Beribadah Dalam Bulan Ramadan

Maulana Ashraf Ali Thanwi menyebut dalam kitab beliau Imdadul Mushtaq, bahawa Haji sahb pernah berkata “Aku ingin beritahu engkau satu perkara buat manfaat diri sendiri, hamba ini (Haji Sahb) jarang sama sekali tidur pada waktu malam ketika muda lebih-lebih lagi pada Bulan Ramadan. Selepas Maghrib (Haji sahb akan menunaikan solat sunat secara jemaah) 2 orang Hafiz (Hafiz Yusuf anak kepada Hafiz Zamin & anak saudaraku Hafiz Ahmad Hussain) akan baca 1 ¼ juzuk setiap seorang sehingga Isyak. Selepas Isyak 2 orang hafiz lagi akan bergilir-gilir sehingga separuh malam, kemudian 2 orang lagi akan baca pada waktu tahajjud. Pucuk pangkalnya, keseluruhan malam digunakan untuk beribadah.

By |2020-05-03T23:08:53+00:00May 3rd, 2020|Biografi|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top