Marhaban Ya Ramadan

Apa itu marhaban ya Ramadan? Sebenarnya marhaban ya Ramadan ini menunjukkkan yang kita sebagai seorang mukmin yang beragama islam ini mengalu – alukan kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkah ini dengan penuh rasa kesyukuran yang datang tulus dan ikhlas dari hati kita. Bulan Ramadan ini adalah bulan yang berbeza dari bulan–bulan yang lain ataupun bolehlah juga dikatakan bulan yang istimewa berbanding bulan yang lain.

Hal ini dikarenakan di bulan ini akan adanya malam lailatul qadar iaitu malam yang boleh diibaratkan seperti seribu malam. Di malam lailatul qadar ataupun malam seribu malam ini terdapat pelbagai syafaatnya, seandainya kita berdoa kepada Allah SWT ketika itu doa kita akan termakbulkan dan segala dosa kita akan diampunkan oleh Allah SWT dan akan disertai juga dengan pelbagai peristiwa aneh yang akan terjadi pada malam itu terhadap diri kita dan kita akan menyaksikannya dengan penuh rasa takjub dan juga kagum dengan kekuasaan Allah SWT . Dikarenakan itulah bulan ini begitu istimewa.

Selain itu juga, makhluk–makhluk halus akan dirantai di bulan ini yang menjadikan kita dapat beribadat dengan penuh khusyuk tanpa menerima apa–apa gangguan daripada makhluk–makhluk halus ini. Jika kita khusyuk dalam beribadat seikhlas hati kita sudah pastilah Allah SWT akan menerimat amal ibadat kita.

Bukan itu sahaja, malah di bulan ini kita akan mempunyai lebih banyak waktu luang untuk beribadat mahupun untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama seseorang mukmin yang menjadikan kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim yang pernah terenggang iaitu dengan pergi ke masjid di malam hari untuk solat secara berjemaah seperti untuk solat maghrib , isyak beserta dengan solat sunat terawih dan juga solat sunat witir. Dalam pada kita solat berjemaah kita juga akan bersua muka dan juga bertegur sapa dengan kenalan – kenalan kita sesama mukmin yang mana sekaligus akan mengeratkan hubungan yang pernah renggang dan mendekatkan hubungan yang jauh.

Dalam pada itu juga, ganjaran pahala akan dilipat gandakan dalam bulan ini. Seandainya diri kita ini banyak berbuat kebaikan mahupun amal ibadat dengan hati yang tulus di bulan ini ganjaran pahala yang kita dapat akan dilipat gandakan dan bukanlah seperti hari–hari di bulan kebiasaannya. Jika di hari kebiasaaan kita berbuat kebaikan dengan menolong orang berbuat kuih, kita akan diberi ganjaran pahala bagaikan sebesar kereta namun jika kita melakukannya di bulan ini ganjaran pahala itu akan dilipat gandakan daripada sebesar kereta kepada sebesar rumah. Begitu mengagumkan bukan?

Terkadang kita hanya menganggap sesuatu yang sekecil kuman itu sebagai suatu yang remeh–temeh sahaja sedangkan sesuatu yang sekecil kuman yang kita anggap remeh-temeh itulah yang akan membawa sejuta keajaiban buat diri kita dan diri kita takkan pernah boleh menyedarinya seperti bulan Ramadan ini. Disebabkan itu, kita perlulah mengetahui dan menyedari tentang hakikat ataupun kenyataan itu.

Namun seandainya ilmu agama di dalam kepala kita ini sedikit sahaja, kita akan anggap yang bulan Ramadan ni sekadar untuk menahan lapar dan dahaga sahaja di siang hari. Oleh sebab itu, kita perlulah sentiasa berusaha untuk mencari ilmu agama dan mendalaminya dengan penuh teliti dan penuh fokus. Bak kata peribahasa yang sering kita dengar, “MENUNTUT ILMU BIARLAH SAMPAI KE NEGERI CHINA” yang membawa maksud carilah ilmu dan dalamilah sejauh yang kita mampu ataupun sejauh yang kita boleh dan hanya ajal yang boleh menghentikan usaha kita itu.

By |2020-06-16T09:44:50+00:00June 16th, 2020|Tulis dan Menang Syawal 1441|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top