ZAMAN NABI SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM Setiap kali Baginda sallallahu 'alaihi wa sallam menerima wahyu maka penulisannya akan diusahakan sebahagian Sahabat radiyallahu'anhum, mereka yang terlibat akan menulisnya pada batu, tulang, pelepah tamar, kulit binatang dan tulang belulang. Al-Quran masih belum dikumpul di dalam satu mashaf kerana wahyu masih berterusan turun secara beransur-ansur dan kerana terdapat juga ayat-ayat Al-Quran yang termansukh apabila ada ayat baru turun memansuhkannya. Di zaman Nabi sallallahu'alaihi [...]