تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَٰكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

(44) Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

Kajian yang dilakukan oleh Profesor Muhammad Ratib al-Nabulsiy dari Fakulti Sains Pertanian Universiti Damascuss Syiria (Kesan Al-Qur’an dalam Pembentukan Sifat Tumbuh-Tumbuhan) membuktikan bahawa tumbuh-tumbuhan juga mendengar, merasa dan dipengaruhi oleh persekitaran dalam proses tumbesaran.

Eksperimen dijalankan kepada tiga benih pokok dari jenis yang sama. Setiap benih pokok akan disirami dan dibajai dengan cara yang sama selama enam bulan. Dalam aktiviti membaja dan menyiram anak pokok tersebut, ia dilakukan dengan tiga cara.

  • Pokok pertama dibaja dan disiram sambil dibacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an Al-Karim.
  • Pokok kedua pula dibaja dan disiram sambil mengungkapkan kata-kata kesat dan cacian.
  • Manakala pokok ketiga dibaja dan disiram tanpa mengeluarkan sebarang perkataan.

Dapatan kajian selepas enam bulan menunjukkan

  • Pokok yang dibajai dan disirami air sambil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an Al-Karim tumbuh dengan cepat dan subur.
  • Pokok kedua yang dikeluarkan kata-kata kesat serta cacian terbantut tumbesarannya.
  • Manakala pokok ketiga yang tidak diungkapkan sebarang perkataan, membesar dalam keadaan normal.

Lihat Mawsu‘at al-I‘jaz al-‘Ilmi fi Al-Qur’an wa Al-Sunnat Ayat Allah fi al-Insan oleh Ratib al-Nabulsiy (2010:23).