Sayyidatina Sumayyah binti Khayyat radhiyallahu anha (Bahasa Arab: سمية بنت خياطّ, meninggal dunia 615M) dikenali dalam tradisi Islam sebagai orang pertama dalam sejarah yang syahid kerana memeluk agama Islam di Mekah sebelum Hijrah. Sayyidatina Sumayyah radhiyallahu anha ialah isteri kepada Sayyidina Yasir bin Amir radhiyallahu anhu dan ibu kepada Sayyidina Ammar bin Yasir radhiyallahu anhu, kedua-duanya yang terkenal sebagai antara yang terawal memeluk Islam. Catatan ini ditulis oleh ulama sirah, [...]