Home/Psikologi/Pembunuh Senyap

Pembunuh Senyap

Jangan terkejut ada kes pelajar madrasah nak BUNUH DIRI. 3 daripada 10 orang rakyat Malaysia hari ini mengalami PSIKOSOMATIC DISORDER. Namun stigma masyarakat Malaysia masih ditakuk lama iaitu “JIKA JUMPA KAUNSELOR OR THERAPIST OR PSIKIATRI, ANDA ORANG GILA.”

Stigma ini agak susah nak “cair” sehingga ada antara kita membuat SELF DIAGNOS bergurukan rujukan Google semata-mata. Pesakit psikosomatic disorder yang tidak sedar mereka ini sedang sakit boleh jadi lagi teruk.

Sebagai contoh anda hanya mengalami Insomnia (sukar untuk tidur kerana depresi) tetapi bila self diagnos anda cakap pada diri anda “Ehhhh aku ada Panic Attack”.

Bila di self diagnos dan bercakap pada diri sedemikian maka terjadilah ianya kenyataan.

Sebab apa? Sebab diri kita bila kita mengucapkan, mengatakan atau mengungkapkan sesuatu ianya disimpan di Minda Bawah Sedar.

Minda bawah sedar akan proses ayat tersebut dan menghantar kepada sistem badan maka terjadilah apa yg dikatakan pada diri.

Menurut pemerhatian dan kajian yang telah pun dibentangkan dalam pembentangan di USA tahun 2017 yang lalu, peratus jantina mendapat psikosomatic disorder adalah PEREMPUAN. Mostly adalah perempuan yang bergelar ISTERI!

Zaman sekarang ini banyak sangat kes penderaan anak, bunuh diri, dera diri sendiri dan sebagainya semuanya dalam konteks rumahtangga.

Rata-rata sang isteri mengalami depresi dan anxiety. Antara puncanya ialah tekanan di tempat kerja. Balik pula perlu selesaikan kerja rumah yang banyak sedangan suami tidak membantu kerja rumah (punca utama sekarang) dan pelbagai isu lagi.

Jadi bilamana sang isteri enxiety dan merasakan dirinya sudah tidak normal, mulalah ia mengadu. Nak mengadu pula pada sang suami, dibuatnya tak tahu. Begitu juga ibu bapa atau mertua, mereka pula akan mengatakan kamu ini negatif thinking.

Maka itulah antara punca terjadi ramai isteri semakin depresi sehinggakan ke arah anxiety dan sebagainya.

Namun, ketahuilah di Malaysia ini wujudnya KAUNSELOR, PEGAWAI PSIKOLOGI, THERAPIST & PSIKIATRI yang boleh mendiagnos anda dengan mengunakan uji selidik yang boleh menetapkan korang mengalami apa sebenarnya. JANGAN MALU UNTUK BERJUMPA SEMUA ITU.

Anda pula janganlah terlalu bercerita dengan sesiapa ye, sebab kadangkala ada yang mungkin boleh membantu tapi kadangkala ada yang boleh menyebabkan anda semakin teruk.

Ingat psikosomatic disorder antara penyumbang silent killer tertinggi di dunia selain penyakit jantung tau.

Kalau anda “single” fikirkanlah anda masih ada mak ayah. Kalau sudah berkahwin fikirkanlah anda masih ada anak-anak tapi paling UTAMA fikirkanlah jika anda seorang ISLAM, anda masih ada ALLAH yang sentiasa mendengar rintihan anda malah DIA lebih suka hambaNya merintih.

By |2020-10-18T05:18:46+00:00October 18th, 2020|Psikologi|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top