Home/Hadis, Soal Jawab/Sabar itu separuh daripada iman

Sabar itu separuh daripada iman

Adakah riwayat hadis berikut benar?

“Sabar itu separuh daripada iman”

JAWAPAN

Riwayat ini telah dicatat oleh beberapa Muhaddithun (Ulama’ Hadis) dengan sedikit perbezaan dalam perkataan. Hafiz Ibn Hajar (rahimahullah) telah mengklasifikasikan riwayat Imam Abu Bakar ibn Abi Shaybah (rahimahullah) yang ianya adalah Hasan:

Sayyiduna Jabir (radiyallahu ‘anhu) mengatakan,“ Pernah Nabi (sallallahu ‘alayhi wa sallam) ditanya,‘ Apa jenis iman yang terbaik ’? Nabi (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda,“ Bersabar dan memaafkan”

(Rujuk: Al Matalibul ‘Aliyah, jilid 13 ms 167- Hadis: 3141)

Imam Tabrani (rahimahullah) telah merekodkan pernyataan Sayyiduna ‘Abdullah bin Mas’ud (radiyallahu‘ anhu) berikut:

“… Dan bersabar adalah separuh daripada Iman”

(Al Mu’jamul Kabir, Hadis: 8544. Rujuk: Fathul Bari, di bawah bab pertama Kitabul Iman)

Dan Allah Taala lebih mengetahui

Dijawab oleh: Moulana Suhail Motala

By |2020-12-07T15:07:01+00:00December 7th, 2020|Hadis, Soal Jawab|0 Comments

Kongsi di dalam media sosial anda

Go to Top