وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ ۚ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا

(39) Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

قَالَ أَشْهَبُ قَالَ مَالِكٌ: يَنْبَغِي لِكُلِّ مَنْ دَخَلَ مَنْزِلَهُ أَنْ يَقُولَ هذا

Kata Imam Malik rahimahullah taala, sayugia bagi setiap orang yang memasuki tanah miliknya atau rumahnya mengucapkan, مَا شاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

وقال ابن وهب وقال لِي حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ: رَأَيْتُ عَلَى بَابِ وَهْبِ بْنِ مُنَبِّهٍ مَكْتُوبًا “مَا شاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ”.

Hadrat Hafs ibn Maisarah memberitahu kepada Ibnu Wahab, aku melihat di atas pintu Wahab bin Munabbih tertulis, مَا شاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

(Tafsir Qurthubi)

Empat Kalimah

وَرُوِيَ أَنَّ مَنْ قَالَ أَرْبَعًا أَمِنَ مِنْ أَرْبَعٍ:

مَنْ قَالَ هَذِهِ أَمِنَ مِنَ الْعَيْنِ،

وَمَنْ قَالَ حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ أَمِنَ مِنْ كَيْدِ الشَّيْطَانِ،

وَمَنْ قَالَ وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ أَمِنَ مَكْرَ النَّاسِ،

وَمَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ أَمِنَ مِنَ الغم.

Diriwayatkan bahawa sesiapa mengucapkan empat kalimat maka akan menjadi aman daripada empat musibah

Sesiapa mengucapkan مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ selamat drpd penyakit akibat hasad drpd pandangan mata

Sesiapa mengucapkan حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ selamat drpd tipudaya syaitan

Sesiapa mengucapkan وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ selamat drpd perancangan jahat manusia

Sesiapa mengucapkan لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ menjadi sejahtera daripada kedukaan dan kesedihan.

(Tafsir Qurthubi)