وَالَّذِينَ صَبَرُوا ابْتِغاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ وَأَقامُوا الصَّلاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْناهُمْ سِرًّا وَعَلانِيَةً وَيَدْرَؤُنَ بِالْحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ أُولئِكَ لَهُمْ عُقْبَى الدَّارِ 

(22) Dan orang-orang yang sabar untuk mengagungkan Allah semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;

وَالَّذِينَ صَبَرُوا، عَلَى طَاعَةِ اللَّهِ، وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: عَلَى أَمْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. وَقَالَ عَطَاءٌ: عَلَى الْمَصَائِبِ وَالنَّوَائِبِ. وَقِيلَ: عَنِ الشَّهَوَاتِ. وَقِيلَ: عَنِ الْمَعَاصِي. ابْتِغاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ، طَلَبَ تَعْظِيمِهِ أَنْ يُخَالِفُوهُ،

Orang-orang yang bersabar dalam ketaatan kepada Allah Menurut Ibnu ‘Abbas ra bersabar dalam menunaikan perintah Allah (terus melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah) Kata ‘Ata rah bersabar dalam menghadapi kesusahan dan bencana (lockdown dan sebagainya dgn berterusan mengharapkan bantuan Allah, dan ganjaran pahala dan syurga.) bersabar dalam meninggalkan keinginan nafsu syahwat. bersabar dalam meninggalkan maksiat kepada Allah.

ابْتِغاءَ وَجْهِ رَبِّهِمْ

untuk mendapatkan pengagungan Allah bahawa mereka (bersabar daripada) mengingkari-Nya lihat.

(Tafsir al-Baghawi)